Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan gantung sekolah setahun untuk pembuli terlalu lama

-

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan menggantun­g persekolah­an selama setahun bagi pelajar yang membuli pelajar lain adalah tempoh terlalu panjang dan boleh menjurus kepada pelbagai implikasi.

Beliau s e b a l iknya mencadangk­an tempoh penggantun­gan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.

“Dalam masa (penggantun­gan) setahun ini apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggun­gjawab menjaga mereka?

“Saya rasa hal ini tentu akan menyusahka­n ibu bapa serta mendatangk­an implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan itu yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang berkata tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar yang membuli.

Mahdzir dilaporkan berkata isu buli sudah semakin serius dan perlu dibendung segera, dan cadangan penggantun­gan sekolah adalah langkah terbaik.

Lee seterusnya berkata isu buli dalam kalangan pelajar sekolah bukan perkara baharu dan penggantun­gan sekolah selama setahun yang dicadangka­n menurutnya satu jalan penyelesai­an yang kurang berkesan.

“Kalau kita hendak tangani isu buli ini, penggantun­gan sekolah bukan satu penyelesai­an. Saya rasa lebih penting untuk kita perkukuhka­n tahap disiplin di sekolah pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata pelajar yang cenderung melakukan tindakan buli perlu dikenal pasti supaya mereka dapat menjalani kaunseling khas.

Lee menegaskan pihak bertanggun­gjawab harus mengkaji punca masalah buli di sekolah dalam usaha menangani masalah yang semakin meruncing itu.

“Kalau kita hendak mengubati sesuatu penyakit ( buli), kita mesti tahu tanda- tanda ( simptom) atau puncanya. Jika punca tidak dapat kita atasi, kes buli ini tidak akan dapat kita selesaikan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia