Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan perkhidmat­an awam M’sia-S’pura membanggak­an, kata Ali Hamsa

-

SINGAPURA: Hubungan perkhidmat­an awam antara Malaysia dan Singapura d i tahap yang amat membanggak­an, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bercakap kepada Bernama, Ali berkata ia juga merupakan refleksi daripada hubungan akrab antara kedua- dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lee Hsien Loong.

“Kita lihat hubungan pemimpin negara amat akrab jadi mudah untuk kita mengadakan projek secara usaha sama atau kaji sebarang isu antara dua negara dan ia dapat diselesaik­an dengan segera,” katanya.

Ali berada di Singapura baru-baru ini bagi menghadiri Program Sukan Perkhidmat­an Awam ke-39 dan Seminar Bersama ke-8 bagi Pemimpin Perkhidmat­an Awam Singapura dan Malaysia di sini.

Lee ketika berucap sempena Rapat Hari Kebangsaan 2016 pada Ogos lalu menyifatka­n Malaysia selain Indonesia merupakan rakan terpenting Singapura.

“Kami bekerja keras untuk membina hubungan kami, hubungan ini begitu sensitif dan kompleks.

“Akan ada perbezaan dari semasa ke semasa, kerana sikap mendalam mereka terhadap kita, tetapi hari ini, secara keseluruha­n, hubungan antara kedua- dua negara adalah baik,” kata Lee.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura telah selesai berbincang isu Perkara Perjanjian (POA) mengenai Tanah Kereta Api.

“Selama 20 tahun, keduadua negara berusaha dan berjaya,” kata beliau dan menerima tepukan daripada para hadirin ketika itu.

Julai lalu, Lee berada di Putrajaya menyaksika­n majlis pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi antara Singapura dan Malaysia. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia