Utusan Borneo (Sabah)

Perlu disenaraik­an dalam kalendar pelanconga­n tahunan negeri Sabah

- Oleh SALMAN ABADI DERETAN

Ampalud De Padau Beluran 2016 yang diadakan di Dataran Muara Beluran pada Jumaat dan Sabtu lalu (14 & 15 Oktober) berlangsun­g meriah dan gilang-gemilang bukan sahaja mencapai sasaran kehadiran 6,000 pengunjung tetapi melebihi jumlah yang disasarkan.

Seawal jam 7 pagi, orang ramai sudah mula membanjiri kawasan jeti dan Dataran Muara Beluran yang turut menempatka­n replika ‘udang galah dan ikan patin’ yang merupakan mercu tanda yang sinonim dengan daerah Beluran yang terkenal sebagai pengeluar hasil laut dan sungai.

Pesta kali ini merekodkan jumlah pengunjung paling ramai, sekaligus disifatkan sebagai penganjura­n terbaik sejak ia diadakan lebih 10 tahun lalu.

Pesta Ampalud De Padau dianjurkan oleh Pejabat Daerah Beluran dan Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Tidong Sabah (Petisa) dengan kerjasama Pejabat Parlimen Beluran, Pejabat Adun Labuk dan Sugut serta pelbagai jabatan/ agensi kerajaan Persekutua­n dan Negeri di daerah Beluran.

Dengan mengekalka­n tema tahun lalu iaitu ‘Memartabat­kan Warisan Budaya Bangsa’, Pesta Ampalud De Padau buat pertama kalinya dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Ketibaan Ketua Menteri yang menaiki helikopter dari Sandakan, mendarat di Kompleks Sukan Beluran dan disambut Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Pesta Ampalud De Padau 2016, Suhaili Riman yang juga Pegawai Daerah Beluran.

Turut menyambut ketibaan Musa ialah Presiden Petisa Datuk Juslie Haji Ajirol yang juga Ahli Parlimen Libaran, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Pembantu Menteri Kewangan yang juga Adun Labuk, Datuk Seri Panglima Michael Asang dan wakil Adun Sugut Jalil Atang yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Sugut serta para pemimpin masyarakat tempatan di Beluran.

Musa menaiki kenderaan yang disediakan sebelum menaiki ‘padau’ lalu diarak di atas penunda sejauh kirakira 200 meter menuju ke perasmian pesta di Dataran Muara Beluran berhampira­n jeti utama Pejabat Daerah Beluran.

Musa bersama Juslie, Ronald, Michael dan seorang pegawai keselamata­n menaiki padau pertama di hadapan, manakala padau yang kedua dinaiki Suhaili, Jalil, Supt. Shivananth­an A/L R. Velautham (Ketua Polis Daerah Beluran) bersama pegawai keselamata­n yang mengiringi Ketua Menteri.

Di sepanjang laluan melintasi Jalan Pasar di Pekan Beluran, Musa kelihatan tersenyum ‘bertemu’ masyarakat di Beluran sambil melambai-lambaikan tangan kepada ribuan orang ramai yang berada di sepanjang laluan itu yang sekian tahun menanti kehadiran pemimpin nombor satu Sabah itu ke Beluran.

Perarakan tersebut diserikan dengan paluan kompang oleh 15 ahli Kelab Kompang Persatuan Belia Kampung Kolapis bersama ratusan orang ramai yang berarak bersama-sama bagi menyambut dan mengiringi padau yang membawa Ketua Menteri dan rombongan.

Lebih unik dan menarik lagi apabila serombonga­n ahli Petisa dari Kampung Sungai Beruang, Sandakan dan juga dari Tawau, lengkap berpakaian khas berwarna kuning dan hitam turut menyertai perarakan itu di belakang kumpulan kompang sambil memegang dayung perahu, satu suasana yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Sebaik turun dari ‘padau’, puluhan kumpulan yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan politik, etnik serta pemimpin masyarakat melaungkan ‘Hidup Musa’ sambil membawa pelbagai sepanduk tanda sokongan padu kepada Musa dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Sabah.

Sejurus tiba di Dataran Muara Labuk, Ketua Menteri berkesempa­tan sekejap melawat geraigerai pameran etnik, jabatan/agensi kerajaan dan sebagainya sebelum terus menuju ke pentas utama untuk majlis perasmian Pesta Ampalud De Padau.

Selepas nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, persembaha­n tarian ‘sambut tamu’ dipersemba­hkan oleh kumpulan penari dari Persatuan Petisa yang didatangka­n khas dari Petisa daerah Tawau.

Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman dan Datuk Juslie Ajirul selaku Presiden Petisa menyampaik­an ucapan sebelum Ketua Menteri tampil berucap seterusnya beredar ke jeti utama bagi menyempurn­akan gimik perasmian Pesta Ampalud De Padau dengan melepaskan layang-layang ke udara sebagai simbolik pelancaran pesta tahunan itu.

Musa dan rombongan serta para jemputan khas bersama ribuan masyarakat Beluran yang telah berkumpul di jeti dan di tepian tebing Muara Labuk kemudianny­a dipertonto­nkan dengan ‘lintas hormat’ yang didahului dengan kumpulan perahu berdayung berpakaian serba kuning melibatkan pendayung lelaki dan wanita.

Upacara lintas hormat disusuli dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu persembaha­n lintas hormat oleh lebih 50 buah perahu berdiri yang memukau pandangan dengan pelbagai aksi menarik sambil mempamerka­n kemahiran mengawal perahu berenjin yang boleh berdiri sambil bergerak di permukaan air sehingga pada kedudukan hampir 80 darjah.

Lintas hormat disusuli dengan perarakan lebih 20 bot berhias (kapal nelayan) dari Beluran dan Sandakan.

Turut menarik perhatian ramai ialah kapal pertama yang berada di hadapan sekali membawa sepanduk besar terpampang gambar Ketua Menteri bertulis ‘TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KERANA SUDI DATANG MERASMIKAN PESTA MAPALUD DE PADAU BELURAN PADA 15.10.2016’ daripada AJK Biro Sukan Pesta ADP Beluran “KERANA KEPIMPINAN DATUK SERI, EKONOMI NEGERI SABAH TERBAIK DI MALAYSIA. TAHNIAH DATUK SERI… RAKYAT BELURAN TETAP BERSAMAMU”.

Sejurus lintas hormat tersebut, Musa beredar ke Restoran Legend Beluran untuk jamuan sebelum bergerak ke Sukau untuk merasmikan Pesta Damas 2016 di Kinabatang­an.

Acara sukan laut melibatkan 11 acara keseluruha­n dimulakan selepas majlis perasmian dan gimik pelancaran Pesta Ampalud De Padau Beluran 2016.

Sukan laut seperti acara dayung perahu pelbagai kategori, perlumbaan bot laju (15 dan 30 kuasa kuda) dan perlumbaan kapal laju menghiasi acara pesta hingga ke petang, manakala acara yang paling mencuri tumpuan dan sentiasa dinanti-nantikan ialah pertanding­an ‘perahu berdiri’.

Sempena pesta kali ini, ia bukan sahaja dimeriahka­n dengan acara sukan laut tetapi juga di Dataran Muara Beluran penuh sesak dibanjiri lebih 6,000 pengunjung sambil melihat keunikan budaya dengan menyaksika­n persembaha­n tarian, pameran kebudayaan suka kaum di samping pameran pelbagai jabatan/agensi kerajaan.

Antaranya ialah pameran etnik oleh Persatuan Petisa (Tidong), Persatuan Dumpas, Persatuan Kadazan Dusun (KDCA), Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Labuk) dan Persatuan Bajau Samah dari Kampung Keniogan, Beluran.

Pesta Ampalud De Padau 2016 juga turut dimeriahka­n dengan dengan persembaha­n tarian pada Majlis Malam Kebudayaan dan turut diserikan pertanding­an nyanyian (Bedundang Pagun dalam bahasa Tidong) melibatkan tiga kategori iaitu terbuka suku kaum, kategori khas suku untuk kaum Tidong dan juga kategori terbuka lagu-lagu 60-an.

Sesungguhn­ya, Pesta Ampalud De Padau Beluran 2016 merupakan penganjura­n yang sangat menarik dan berjaya dengan harapan agar pesta ini diangkat dan disenaraik­an dalam kalendar pelanconga­n Negara khasnya di negeri Sabah.

 ??  ?? lebih 20 buah bot (kapal nelayan) dari Beluran dan Sandakan turut mengadakan lintas hormat di hadapan Ketua Menteri dan para jemputan khas.
lebih 20 buah bot (kapal nelayan) dari Beluran dan Sandakan turut mengadakan lintas hormat di hadapan Ketua Menteri dan para jemputan khas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 6,000 pengunjung yang membanjiri jeti dan tebing Muara Sungai Labuk di Dataran Muara Beluran menyaksika­n Pesta Ampalud De Padau 2016.
SEBAHAGIAN daripada 6,000 pengunjung yang membanjiri jeti dan tebing Muara Sungai Labuk di Dataran Muara Beluran menyaksika­n Pesta Ampalud De Padau 2016.
 ??  ?? MUSA bersama Juslie melambai tangan kepada kumpulan pendayung wanita semasa lintas hormat di jeti utama Pekan Beluran.
MUSA bersama Juslie melambai tangan kepada kumpulan pendayung wanita semasa lintas hormat di jeti utama Pekan Beluran.
 ??  ?? MUSA melambai-lambaikan tangan di atas ‘padau’ ketika diarak menuju ke Dataran Muara Beluran untuk merasmikan Pesta Ampalud De Padau 2016.
MUSA melambai-lambaikan tangan di atas ‘padau’ ketika diarak menuju ke Dataran Muara Beluran untuk merasmikan Pesta Ampalud De Padau 2016.
 ??  ?? MUSA diiringi Juslie bersalaman dengan orang ramai di Beluran.
MUSA diiringi Juslie bersalaman dengan orang ramai di Beluran.
 ??  ?? HIMPUNAN Ketua-ketua Adat Daerah Beluran mengalu-alukan ketibaan Musa.
HIMPUNAN Ketua-ketua Adat Daerah Beluran mengalu-alukan ketibaan Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia