Utusan Borneo (Sabah)

Murid Pasti Al Amal Likas terima rawatan kesihatan

-

KOTA KINABALU: Seramai empat kakitangan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan Perkhidmat­an Kesihatan di Pasti Al Amal Likas, baru-baru ini.

Beberapa aktiviti kesihatan telah dilaksanak­an kepada seramai 24 murid yang berumur lingkungan 6 tahun.

Antara perkhidmat­an yang diberikan kepada Pasti itu adalah ceramah kesihatan, pemeriksaa­n kesihatan, pemeriksaa­n fizikal, rawatan ringan seperti memberikan memberikan ubat cacing dan ubat kutu.

Menurut jurucakap Pejabat Kesihatan Jitumiss Pinol, aktiviti itu dibuat setiap tahun bagi memberi rawatan percuma kepada murid Pasti bagi memastikan kesihatan mereka terjaga.

Bagi Ketua Guru Pasti Al Amal Likas Cikgu Kasminah berkata, kunjungan daripada Jabatan Kesihatan ke tadika itu telah memberikan satu pengisian yang terbaik dari kesihatan secara menyeluruh kepada murid-murid.

Menurutnya program itu amat penting untuk memelihara kesihatan murid bagi melancarka­n proses pembelajar­an dan juga dapat memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa penjagaan kesihatan anak-anak mereka sentiasa dititik-beratkan.

Katanya dengan adanya pemeriksaa­n kesihatan kepada murid-murid telah memberikan satu kesedaran dan peringatan yang terbaik dalam menjaga kesihatan.

Beliauamat­berterimak­asih kepada Jabatan Kesihatan kerana sudi memilih Pasti Al Amal Likas sebagai salah satu destinasi program mereka.

“Kami juga berharap para ibu bapa akan terus menghantar anakanak mereka ke Pasti demi menyokong usaha melahirkan­muridprase­kolah yang berakhlak mulia dan terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN Pejabat Kesihatan melakukan pemeriksaa­n kesihatan murid Pasti Al Amal Likas.
KAKITANGAN Pejabat Kesihatan melakukan pemeriksaa­n kesihatan murid Pasti Al Amal Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia