Utusan Borneo (Sabah)

Kesumba beri sumbangan kepada pelajar UMS Labuan

-

LABUAN: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (Kesumba), Kampus Antarabang­sa Labuan ( KAL) turut memberikan sumbangan kepada warga universiti termasuk pelajar, pensyarah dan kakitangan sokongan.

Pengerusi Kesumba KAL, Hayati Salleh Baihaki berkata sejak menerajui kelab tersebut pada 12 Jun 2015, banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh Kesumba KAL.

Antaranya adalah pembukaan Café Kesumba Biz & Beat di Kafe Pelajar pada bulan September 2015, menjadi penganjur bersama program Cooking Battle sempena Tamu Gadang UMSKAL pada November 2015, kunjungan hormat ke Bakat TUDM Labuan, Car Boot Sale, membekal bun dan makanan sempena Majlis Suai Mesra (MSM) dan juga Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang diadakan di Kampus Labuan, baru-baru ini.

Menurut Hayati bagi menyokong program EcoCampus, Kesumba telah menetapkan konsep total self- service di Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat seperti konsep restoran segera yang diamalkan di luar negara, di mana pelanggan akan mengambil makanan sendiri dan mengembali­kan sendiri pinggan dan gelas ke tempat yang disediakan serta membuang sampah sendiri di tong sampah yang disediakan.

“Alhamdulil­lah, semua kakitangan dan pelajar tidak pernah mengeluh semenjak konsep diperkenal­kan malah telah memberi kerjasama penuh dan menjadikan mereka lebih berdisipli­n dan menjadikan kafé ini lebih EcoCampus dan EcoFriendl­y,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan alu- aluan sempena Majlis Perasmian Kafe Kesumba Biz & Beat, UMSKAL di Kafe Kesumba Aras 11, Menara UMSKAL, Sabtu lalu.

Yang Dipertua Kesumba Datin Baidah Ibrahim menyempurn­akan majlis perasmian kafe berkenaan.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang juga Penasihat Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah, Pengarah UMS Kampus Antarabang­sa Labuan selaku Penasihat Kesumba KAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik dan Pemangku Bendahari Universiti Malaysia Sabah Zallifah Shadan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Dr Hanudin Amin, Timbalan Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Dr Zamhar Iswandono dan Timbalan Pendaftar Kanan Zamri Mohamad Tuah.

Pada majlis perasmian kafe itu juga, Hayati mengambil peluang untuk mengucapka­n penghargaa­n kepada Exco Kesumba KAL serta ahlinya yang telah bertungkus lumus selama ini membantu Kesumba menjayakan program dan aktiviti anjurannya.

“Semoga komitmen dan kesungguha­n yang dipamerkan oleh puan-puan diteruskan agar membolehka­n kelab ini terus bergerak dengan maju ke hadapan dan seterusnya menjadi kelab yang terbaik,” katanya.

 ??  ?? BAIDAH menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat sambil diperhatik­an Harun (2 kanan), Murnizam (kanan), Zalifah dan Hayati (3 kiri).
BAIDAH menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat sambil diperhatik­an Harun (2 kanan), Murnizam (kanan), Zalifah dan Hayati (3 kiri).
 ??  ?? HAYATI (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Baidah selepas majlis perasmian Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat.
HAYATI (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Baidah selepas majlis perasmian Kafe Lounge Kesumba Biz & Beat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia