Utusan Borneo (Sabah)

Pamer adat perkahwina­n

-

KOTA MARUDU: Persatuan Tinagas Zon Utara akan mempamerka­n set perkahwina­n suku kaum itu sempena sambutan Pesta Kota Marudu awal bulan hadapan.

Timbalan Presiden Juspat Majail berkata persatuan itu akan menampilka­n demo lengkap kronologi perkahwina­n suku kaum itu yang akan diadakan di pondok berupa rumah tradisiona­l suku kaum Tinagas.

“Kita telah memutuskan pelaksanaa­n pameran berupa demo itu setelah mengambil kira pandangan semua ahli jawatankua­sa dan pemimpin masyarakat itu yang kebanyakan­nya tinggal di beberapa daerah,” katanya.

Menurut beliau masyarakat Tinagas menjadi penduduk beberapa daerah seperti Kota Marudu dan Ranau sementara generasi suku itu sebahagian­nya sudah menetap di ibu negeri.

Beliau menjelaska­n rumah tradisi itu diperbuat daripada kayu, buluh, atap rumbia dan bahan asli yang hutan bakal menempatka­n kraftangan, pakaian, makanan tradisi yang kesemuanya menggambar­kan latar kehidupan tradisi suku kaum Tinagas pada zaman dahulu.

“Kami telah bergiat aktif menjalanka­n pelbagai aktiviti khususnya dalam sambutan rasmi kerajaan dan sekali lagi sempena Pesta Kota Marudu, kami akan menampilka­n lebih banyak keunikan bagi mengangkat inspirasi masyarakat itu,” katanya.

Juspat memberitah­u antara yang paling menarik ialah upacara persanding­an mempelai Tinagas yang buat julung kali diperagaka­n secara langsung kepada orang ramai serta kalangan pengamal media elektronik dan cetak.

Pameran suku kaum Tinagas kali ini turut diserikan segala rentak pukulan gong, tarian tradisi, hidangan tradisi dan warna-warni singgahsan­a mempelai dengan kombinasi bermotifka­n fauna dan flora.

Sementara itu, Persatuan Tinagas berharap dapat mendirikan rumah tradisiona­l suku kaum itu sebagai salah satu langkah ikut serta merealisas­ikan dasar kerajaan mewujudkan daya tarikan pelanconga­n di mana rumah berukuran 20x30 itu dicadang didirikan di Kg Parong.

 ??  ?? PUCUK pimpinan Persatuan Tinagas.
PUCUK pimpinan Persatuan Tinagas.
 ??  ?? JUSPAT
JUSPAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia