Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 10 maut jambatan gantung di Bali putus

-

JAKARTA: Sebuah jambatan gantung yang dikenali sebagai Jambatan Kuning di Bali putus malam kelmarin, menyebabka­n lebih 10 orang maut manakala 30 orang disahkan cedera parah.

Jambatan yang menjadi salah satu daya tarikan pelancong itu menghubung­kan Nusa Ceningan dan Nusa Lembongan iaitu pulau-pulau kecil di tenggara Bali.

Media-media dalam talian memetik Ketua Pusat Data, Informasi Badan Nasional Penanggula­ngan Bencana ( BNPB) Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, jambatan gantung itu terputus akibat lebih muatan kerana ramai penduduk sibuk melintasi jambatan pada waktu itu.

Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ramai penduduk sedang melakukan upacara keagamaan di Pura Bakung Ceningan bagi menyambut Hari Nyepi Segara dan mereka tidak menjalanka­n sebarang aktiviti laut.

Jambatan sepanjang 150 meter dengan kelebaran 1.5 meter itu berada pada ketinggian kira- kira lima meter dari perairan laut yang memisahkan dua pulau berkenaan dan ketika kejadian, air laut dilaporkan surut.

Sutopo berkata setakat ini, sebanyak sembilan mayat telah ditemui dan operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada pukul 8 malam tadi kerana keadaan gelap sebelum disambung semula 6 pagi ini.

Katanya, sebanyak 34 mangsa yang cedera telah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat berhampira­n.

“Berdasarka­n laporan awal, semua korban adalah orang tempatan, tiada warga asing,” katanya.

Titi kayu yang dibina pada 1990-an itu sebelum ini dikatakan mengalami kerosakan dan penduduk tempatan telah meletakkan papan tanda amaran mengenainy­a.

Seorang saksi berkata, ketika kejadian kira- kira 100 orang berada di atas jambatan itu dan ia dilihat bergoyang-goyang sebelum kabel penggantun­gnya terputus.

“Ramai terjatuh ke dalam laut termasuk kanak-kanak tetapi ada juga yang sempat berenang dan terselamat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? KEADAAN jambatan gantung menghubung­kan dua pulau kecil tenggara Bali yang runtuh kelmarin.
— Gambar AFP KEADAAN jambatan gantung menghubung­kan dua pulau kecil tenggara Bali yang runtuh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia