Utusan Borneo (Sabah)

Julie’s terus pergiat promosi produk Le-mond

Usaha terus kekal sebagai produk sandwic pilihan pertama di Malaysia

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

JOHOR BAHRU: Biarpun beradadike­dudukanper­tama untuk kategori biskut sandwic di pasaran Malaysia namun, Julie’s akan terus berusaha mengukuhka­n kedudukann­ya dengan meningkatk­an promosi biskut sandwic Le-mond.

Pengurus Pemasaran Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd Benny Chia

berkata walaupun produk sandwic pilihan utama rakyat di Malaysia adalah mentega kacang namun, Julie’s tidak boleh terlalu bergantung kepada satu jenis produk sahaja.

“Atas sebab itu, biarpun buat masa ini kami berada di kedudukan yang selesa, kami mahu biskut sandwic mentega kacang mempunyai produk sokongan di bawahnya. Kami mahu sandwic Le- mond mengukuhka­n kedudukan kami di pasaran.

“Walaupun Julie’s menjadi biskut sandwic pilihan nombor satu di Malaysia, kami tidak boleh berhenti setakat itu kerana berkemungk­inan akan ada jenama lain cuba mendahului kami di pasaran,” katanya ketika ditemui pada Program Kerjasama Julie’s bersama Legoland Malaysia Resort di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Katanya biarpun sandwic Le-mond sudah berada di pasaran selama tiga tahun namun, Julie’s belum pernah mengadakan siri promosi yang agresif untuk produk itu.

Disebabkan biskut sandwic mempunyai pulangan lebih tinggi berbanding Julie’s cracker maka, Julie’s akan cuba mengadakan promosi sandwic Le-mond.

“Kerjasama bersama Legoland adalah permulaan untuk mempergiat­kan promosi biskut sandwic Lemond ini,” jelasnya.

Mengenai pasaran Sabah, Benny berkata sandwic mentega kacang juga pilihan utama di Sabah selain Julie’s cracker.

Pada tahun lalu, katanya, Julie’s bekerjasam­a dengan Kumpulan See Hua untuk penebusan Julie’s cracker dan Julie’s memang berminat untuk bekerjasam­a dengan syarikat itu sekali lagi untuk mengukuhka­n produk Julie’s di pasaran Sabah.

Bagaimanap­un, ia bergantung kepada produk yang ingin Julie’s promosikan. Berkemungk­inan mereka akan menggunaka­n cracker mahupun atau sandwic Le-mond.

“Itu antara perancanga­n tahun depan. Kami masih ingin mengukuhka­n pasaran di Sabah dan kami akan memilih jenis produk yang akan dipromosik­an. Mungkin kami akan memfokuska­n kepada promosi Julie’s Lemond, mentega kacang atau

katanya. Benny berkata buat masa ini, Julie’s belum ada produk terbaru kerana mereka baru melancarka­n dua produk waffle pada September dengan perisa mentega kacang dan chocolate hazelnut.

Kini, Julie’s dalam proses mendapatka­n maklum balas daripada pelanggan untuk produk terbaru itu.

Untuk produk Hersey’s, Julie’s akan memperkena­lkan satu lagi perisa baru pada tahun depan dan ia akan menjadi tambahan kepada enam jenis produk Julie’s Hersey’s sedia ada di pasaran.

Mengenai projek kerjasama yang akan datang, Benny berkata Julie’s melihat banyak peluang untuk menjalin kerjasama namun, Julie’s hanya memilih rakan kerjasama yang mempunyai matlamat yang sama dengan mereka iaitu untuk menggalakk­an orang ramai meluangkan masa bersama orang tersayang.

“Untuk memilih rakan kerjasama, kami menilai syarikat yang kami akan bekerjasam­a. Bukan terlalu memilih tetapi kami ingin bekerjasam­a dengan syarikat yang mempunyai matlamat yang sama dengan kami iaitu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Ketika kami memutuskan untuk bekerjasam­a dengan Hersey’s pada Oktober 2014, ia kerana matlamat kami sama iaitu ingin sumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Pengasas Hersey’s mendermaka­n syarikatny­a kepada sebuah sekolah bagi membantu sekolah itu. Kini, syarikat itu diusahakan sekolah berkenaan,” katanya.

Menurutnya Julie’s menekankan moto mereka

dalam setiap projek mahupun kempen yang dilaksanak­an. Julie’s mahu orang ramai meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Memang dari sudut perniagaan, kami menyasarka­n keuntungan tapi dari perspektif pemasaran, kami mahu orang meluangkan masa dengan keluarga,” jelasnya.

Benny berkata untuk membangkit­kan rasa sayang dalam kalangan masyarakat, mereka mengadakan kempen

sempena Tahun Baru Cina bermula pada 2015.

Di samping mempromosi­kan produk Julie’s mereka juga mahu semarakkan rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Menyedari masyarakat sekarang terlalu bergantung kepada teknologi dan gajet, Julie’s cuba menggalakk­an orang ramai menulis poskad untuk dihantar kepada orang tersayang. Julie’s membayar untuk stem pengiriman poskad berkenaan.

“Kenapa poskad? Kami ingin berikan pelanggan memori yang indah. Orang akan terharu jika menerima poskad kerana ia ditulis melalui suara hati. Poskad boleh disimpan untuk kenangan,” katanya.

Namun pada tahun ini, katanya, Julie’s hanya memerlukan pelanggann­ya memuatnaik gambar bersama keluarga atau rakan- rakan di atau dengan kapsyen yang terbaik untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Sempena perayaan Hari Raya pula, Julie’s akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak- anak yatim dan orang kurang bernasib baik dan memberikan mereka baju Hari Raya.

Majlis yang diadakan lebih berbentuk karnival yang mana Julie’s menyediaka­n geraigerai untuk anak-anak yatim bermain bagi memenangi hadiah yang disediakan.

“Setiap kempen tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang kami laksanakan, tujuan akhirnya adalah untuk sumbangkan semula kepada masyarakat.Ada pengajaran di setiap kempen.

“Tidak dinafikan sasaran kami adalah keuntungan. Misalnya, kerjasama dengan Legoland ini, kami lancarkan 2 juta pek produk dan jika setiap satu produk berharga RM5, pulanganny­a hampir RM10 juta. Itu dari segi jualan namun untuk sudut pemasaran, kami mahu orang ramai meluangkan cuti hujung tahun mereka bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Kami mahu berikan ruang kepada ibu bapa mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka yang dahulunya pernah bermain blok lego,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BENNY (kiri) bersama Ketua Bahagian Pemasaran Legoland Malaysia Resort Eric Chong semasa mempromosi­kan produk Julie’s Le-mond dan Hersey’s untuk program kerjasama itu.
BENNY (kiri) bersama Ketua Bahagian Pemasaran Legoland Malaysia Resort Eric Chong semasa mempromosi­kan produk Julie’s Le-mond dan Hersey’s untuk program kerjasama itu.
 ??  ?? BENNY (duduk kiri) bersama pengamal media yang hadir untuk program berkenaan
BENNY (duduk kiri) bersama pengamal media yang hadir untuk program berkenaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia