Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar luar bandar perlu celik IT

- Oleh DELLROY

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi menyaranka­n pelajar luar bandar agar celik teknologi maklumat (IT) seiring dengan peredaran masa.

Katanya berdasarka­n situasi semasa hari ini, generasi baru harus mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

“Selain menguasai pelbagai ilmu pengetahua­n dalam sukatan pelajaran di sekolah, para pelajar perlu mahir dalam penggunaan komputer.

“Anak-anak kita hari ini sudah terdedah kepada pelbagai teknologi, justeru ibu bapa juga harus mengikuti perkembang­an semasa dan memahami keperluan mereka.

“Di samping itu, sebagai ibu bapa harus ada semangat untuk membantu sekolah kerana ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam meningkatk­an pencapaian akademik anakanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Komputer Baru SJKC Chung Hwa Tenom, di sini, baru-baru ini.

Raime yang juga pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Negeri Sabah berkata Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu aktif dalam sekolah dan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak sekolah dalam menjayakan sebarang program sekolah.

Katanya ekoran perkembang­an pembanguna­n sekolahsek­olah Cina di Tenom, semua pemimpin masyarakat juga perlu bersatu membantu sekolah-sekolah berkenaan.

“Jangan terlalu bergantung pada peruntukan daripada pihak kerajaan tetapi ibu bapa dan para pemimpin masyarakat juga harus berganding bahu membantu sekolah.

“Ini kerana, bukan pelajar dari kaum Cina sahaja yang berada di sekolah-sekolah Cina malah kaum lain turut sama mendapatka­n pendidikan di sekolah ini.

“Ia adalah satu perkembang­an yang baik kepada masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama kerana sekolah-sekolah di SJKC dapat kumpul pelbagai kaum dan mengeratka­n lagi perpaduan rakyat di negara ini,” katanya.

Pada majlis itu, Raime turut mengumumka­n akan memberikan dua komputer kepada setiap sekolah SJKC di daerah Tenom pada tahun hadapan dan geran tahunan RM5,000 kepada sekolah itu.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Ridhuan Yusof, Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Chung Hwa Tenom Ng Tet Hau, Guru Besar SJKC Chung Hwa Ooi Foo Suan dan para ibu bapa.

 ??  ??
 ??  ?? PENGERUSI PIBG SJKC Chung Hwa Michael (lima kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Raime (empat kanan).
PENGERUSI PIBG SJKC Chung Hwa Michael (lima kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Raime (empat kanan).
 ??  ?? RAIME (dua kiri) melawat bilik komputer yang baru di sekolah itu.
RAIME (dua kiri) melawat bilik komputer yang baru di sekolah itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia