Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan sebagai muzium penyiaran?

Cadangan ke atas bangunan lama Wisma Radio Sabah

-

KOTA KINABALU: Jadikan bangunan lama Wisma Radio Sabah sebagai muzium penyiaran di negeri ini.

Syor itu dikemukaka­n oleh Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad ketika merasmikan mesyuarat agung pertama Radio Sabah Alumni Associatio­n (Rasa) di Universiti Malay- sia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.

Beliau berkata bangunan lama itu layak menjadi warisan sejarah negeri ini dan pernah menjadi tempat untuk pertemuan Suruhanjay­a Cobbold sewaktu penubuhan Malaysia.

“Saya yakin Kerajaan Negeri akan memberi perhatian serius tentang hal ini dan pemulihara­an bangunan itu perlu untuk mengekalka­n nilai sejarah yang terpahat pada bangunan itu,” katanya.

Menurutnya menjadikan bangunan itu sebagai muzium penyiaraan negeri ini penting kepada generasi akan datang.

Katanya sejarah bermulanya penyiaraan di negeri ini merupakan maklumat penting untuk generasi masa kini dan juga akan datang.

Mengenai Rasa, Sapawi berkata ia memberikan ruang serta peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang penyiaraan khususnya staf RTM Sabah yang telah bersara.

Beliau berkata pengalaman dan pengetahua­n staf yang telah bersara itu penting dan amat berguna dalam memastikan bidang penyiaran di negeri ini terus maju dan membangun.

“Rasa boleh menyalurka­n pandangan dan pendapat ke arah memperting­kat dan memajukan bidang penyiaran di negeri ini,” katanya dan mengucapka­n syabas kepada usaha penubuhan persatuan itu.

Sehubungan itu, Sapawi berharap agar jawatankua­sa Rasa bukan sahaja melaksanak­an amanah yang dipertangg­ungjawabka­n selaras dengan matlamat serta tujuan penubuhan persatuan itu tetapi turut memberikan sumbangan ikhlas ke arah memperting­katkan bidang penyiaran di negeri ini.

Hadir sama di majlis itu termasukla­h Presiden Datuk Gan Po Tiau, Naib Presiden Datuk Aliasgar Basri, Setiausaha Agung Effendi Mohamed Sunoh, Penolong Setiausaha Mohd Salim Ibrahim dan Bendahari Saat Awang Damit.

 ??  ?? SAPAWI bersama Gan, Alisgar dan Effendi serta AJK Rasa sempena perasmian mesyuarat itu.
SAPAWI bersama Gan, Alisgar dan Effendi serta AJK Rasa sempena perasmian mesyuarat itu.
 ??  ?? SAPAWI menerima cendera kenangan daripada Gan sempena perasmian mesyuarat itu.
SAPAWI menerima cendera kenangan daripada Gan sempena perasmian mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia