Utusan Borneo (Sabah)

Kembalikan memori peminat, Rem hangatkan pentas VG3

-

Cinta Masam Manis - Mengisahka­n cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan dan Sarah yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhka­n percintaan mereka berdua. Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya. Walaupun demikian, dia selesa dengan hidup menduda dan membesarka­n dua orang anaknya tanpa bantuan orang lain. Sehinggala­h pada suatu hari, segalanya berubah dan hati Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah. Namun anak sulung Johan, Hanna, membantah hubungan mereka kerana Sarah hanya dua tahun tua daripadany­a. Faridah iaitu ibu Sarah juga tidak berkenan dengan Johan kerana status BAKAL berkongsi pentas berprestij bersama 11 penyanyi terkenal tanah air, Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim bakal melantun suara serak basah dalam program realiti Gegar Vaganza 3 yang memulakan konsert pertamanya pada 16 Oktober lepas.

Peminat penyanyi popular dengan lagu ‘Selingkar Kasih’, ‘Kasih Kembalilah’ dan ‘Semua Orang Tahu (S.O.T)’ tidak dapat melupakan figura anak jati Sarawak yang mula menarik perhatian industri muzik pada tahun 1997 ini.

Ketika dihubungi Utusan Borneo, Rem yang kini berada di ibu negara ceria menceritak­an semangat dan keterujaan­nya selepas dipilih dalam program realiti yang mendapat sambutan luar biasa rakyat Malaysia itu.

“Saya masih Rem yang sama, tidak berubah dan masih aktif berlagu. Bukan menyepi sebenarnya tetapi saya masih aktif dalam persembaha­n pentas temasuk show korporat,” katanya sambil menambah dia bakal muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Sinar Kasih’.

Menurut Rem, single baharu itu akan dikeluarka­n selepas VG3 dan sudah pasti dia mengharap sokongan peminat berterusan bagi mengekalka­n dia terus berkongsi pentas VG3 hingga ke peringkat akhir.

Kata Rem, VG3 memberi ruang sangat terbuka kepadanya untuk kembali memeriahka­n indusrti muzik masa kini yang penuh dengan bakat baharu.

“Sudah pasti VG3 ini akan memberi peluang kepada 12 peserta untuk mengubat rindu peminat kami. Mungkin ramai anak muda yang tidak mengetahui penyanyi asal lagu-lagu zaman kami. Justeru VG3 ini adalah ruang sangat baik untuk mengembali­kan memori lama bersama peminat.

“Malah pentas VG3 juga mengeratka­n hubungan kami yang lama tidak berjumpa. Inilah kesempatan kami untuk berkumpul semula selain memupuk persahabat­an yang lama terjalin,” katanya.

Berbicara mengenai saingan terutamany­a rakan sezaman seperti Ameng Spring, Zamarul Umbrella, Nora dan Zur Eda tidak terkecuali Shidi Data, kata Rem, dia akan membuat yang terbaik dan mengekalka­n imej dirinya sendiri.

Penyanyi lain turut terpilih memeriahka­n pentas VG3 ialah G-Mie Screen, Razis Ismail, Siti Sarah, Intan Sarafina, Azharina dan Elly Mazlein.

“Saingan tidak dinafikan sangat mantap namun saya tetap menyanyi dengan cara saya sendiri walaupun membawa lagu penyanyi lain. Saya harap akan meneruskan perjuangan sehingga peringkat akhir,” jelasnya.

Bakat anak jati kelahiran Sibu ini mula dicungkil dalam pencarian penyanyi lelaki pop baharu di bawah payung Warner Muzik Malaysia pada tahun 1996 namun sebelum itu, Rem sering mengadakan persembaha­n di sekitar Sarawak.

Lahir pada 16 September 1974 , Rem pernah merangkul gelaran Artis Baharu Terbaik Lelaki dalam Anugerah Industri Muzik ke-5 pada tahun 1998 malah tersenarai pencalonan akhir vokal terbaik dalam anugerah yang sama.

Namanya terus mendapat tempat di hati peminat selepas muncul dengan album keduanya yang berjudul ‘Impian Cinta’ pada 1999 dan berjaya mara ke pertanding­an akhir Anugerah Juara Lagu ke-15.

Selepas kejayaan itu Rem bertukar syarikat rakaman dari Warner Music ke New Southern Records (NSR) pada 2001 dan menghasilk­an dua album ‘Setiap Waktu’ dan ‘Satu Suara’.

Ketika itu Rem cukup popular dengan lagu balada ‘Erti Kasih’ (2002) dan ‘Pendusta Cinta’ pada 2004. Setelah agak lama menyepi, pada 2009 Rem muncul dengan single berjudul ‘Selalu Ada’ disusuli pada 2014 kolaborasi­nya bersama komposer muda Fynn Jamal berjudul ‘Nanti Bila Kaya’.

Dan selepas VG3, Rem masih menaruh harapan supaya singlenya ‘Sinar Kasih’ akan mendapat tempat di hati peminatnya.

“Sudah pasti VG3 masa peluang paling sesuai untuk saya kembali,” katanya menamat perbualan.

Bagi peminat yang mahu mengikuti perkembang­an terkini Rem, bolehlah ‘follow’ Instagram rasmi penyanyi itu di @remcassim ataupun Instagram kelab peminatnya di @remfanclub. Peminat juga boleh menyokong Rem dengan #teamremcas­sim dalam perbualan di media sosial.

Program Gegar Vaganza musim lalu menobatkan Siti Nordiana sebagai juara dan kriteria pemilihan memilih penyanyi yang wajib mempunyai lagu hit selain berupaya menyanyi secara live.

Program terbitan Astro musim baharu ini mengekalka­n pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai pengkritik tetap selain pemilihan tetap Nabil dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Siaran langsung konsert mingguan Gegar Vaganza 3 bakal bersiaran dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam selama lapan minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123).

Sama seperti musim yang lalu, nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarka­n sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n para peserta berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirk­an.

Juara Gegar Vaganza 3 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian.

Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM30,000, RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

 ??  ?? REM akan kembali dengan single baharu berjudul ‘Sinar Kasih’ tidak lama lagi. — Gambar Astro
REM akan kembali dengan single baharu berjudul ‘Sinar Kasih’ tidak lama lagi. — Gambar Astro

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia