Utusan Borneo (Sabah)

AIM22 perkenal 5 kategori baru, Siti terus dominasi

-

CARA anugerah muzik paling berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kali yang ke-22 bakal berlangsun­g di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 18 Disember depan.

Ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Pada tahun ini, AIM22 turut memperkena­lkan lima kategori anugerah baru iaitu Lagu Muat-Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton menerusi YouTube, Lagu Nada Dering Pemanggil Jualan Paling Tinggi dan Penyanyi Malaysia Terbaik.

Menurut Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola AIM22 Rosmin Hashim, penambahan lima kategori baru berasaskan jualan dan pilihan ramai adalah untuk mengiktira­f sumbangan besar syarikat rakaman yang menghidupk­an industri muzik tempatan selain memberi peluang kepada orang ramai untuk terbabit secara langsung dengan AIM melalui penjurian awam untuk kategori anugerah Penyanyi Malaysia Terbaik.

Bagaimanap­un, kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang dipersemba­hkan Artis Luar Negara digugurkan tahun ini untuk memberi tumpuan lebih kepada pengiktira­fan artis tempatan.

AIM mendapat tajaan Sweedskin sebagai penaja utama, selain Astro Ria sebagai stesen penyiar rasmi dan Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur sebagai hotel rasmi.

Syarat kelayakan dan tempoh pencalonan AIM22 dibuka untuk lagu atau album dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang diterbitka­n di Malaysia bermula 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2016. Tempoh pencalonan dibuka pada Rabu, 29 Jun 2016 dan berakhir pada Jumaat, 29 Julai 2016 tepat jam 5 petang.

Bagi kategori Lagu Muat Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi’dan Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Paling Tinggi, wakil syarikat rakaman diperlukan untuk menghantar satu pencalonan sahaja berdasarka­n penjualan tertinggi lagu milik mereka menerusi semua pelantar digital.

Bagi kategori Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton menerusi YouTube, hanya video rasmi daripada album atau lagu syarikat rakaman layak dipertandi­ngkan.

Video Muzik ini mestilah dimuat naik syarikat rakaman atau artis menerusi saluran rasmi YouTube mereka. Jumlah tontonan video muzik rasmi disahkan pihak YouTube.

Buat julung kali, satu kategori pilihan ramai diwujudkan iaitu Penyanyi Malaysia Terbaik yang mana orang ramai diberi peluang menjadi juri awam untuk menilai penyanyi yang dirasakan layak memenangi anugerah berkenaan.

Penyanyi yang tersenarai dalam Top 5 kategori Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) secara automatik layak bertanding dalam kategori ini. Pada sidang media pengumuman calon akhir penuh AIM22 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dato’ Siti Nur-haliza memperoleh­i pencalonan terbanyak di mana beliau dicalonkan dalam tujuh kategori termasuk Persembaha­n Vokal Wanita Terbaik. Kategori lain yang turut mencalonka­n beliau adalah Susunan Lagu Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Terbaik untuk album ‘Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged’. Sementara itu, Faizal Tahir pula mendapat lima pencalonan termasuk Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Persembaha­n Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik. Penyanyi hip hop yang semakin dikenali ramai SonaOne menerima empat pencalonan termasuk dua lagu dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik. SonaOne juga turut tercalon dalam kategori Persembaha­n Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

 ??  ?? SITI NURHALIZA FAIZAL TAHIR
SITI NURHALIZA FAIZAL TAHIR
 ??  ?? DARI kiri: Tawfiq, Syed Abas, Salleh dan Juhar bersama isteri masinmasin­g.
DARI kiri: Tawfiq, Syed Abas, Salleh dan Juhar bersama isteri masinmasin­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia