Utusan Borneo (Sabah)

Konsert Selembut Bayu berlangsun­g meriah

- ROSARIO

KONSERT Selembut Bayu sempena menyambut Harijadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berlangsun­g penuh meriah di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), malam Ahad lepas.

Majlis anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kerajaan Negeri itu dihadiri lebih 5,000 orang seawal jam 7 malam lagi.

Konsert yang disiarkan secara langsung di TV1 itu dihoskan oleh dua gandingan mantap pengacara RTM iaitu Shahril Sarapudin dan Eneycia Doulus.

Pada awal persembaha­n, artis kelahiran Sabah Rosario Ninih Chamini Bianis yang dinobatkan juara pertanding­an akhir Bintang RTM membuka tirai persembaha­n dengan lagu berjudul ‘Hidup Dalam Mati’.

Diikuti dengan persembaha­n artis Sabah yang memiliki suara emas Reynaldo Raymond atau lebih dikenali Rey dengan membawa lagu Hazama berjudul ‘Di Amaran Mama’.

Kehangatan konsert bertambah apabila Ratu Dangdut Negara iaitu Amelina menggantik­an posisi di pentas utama dengan mempersemb­ahkan lagu beliau berjudul ‘Sedar’.

Suasana berubah menjadi lebih klasik dengan alunan petikan alat muzik tradisiona­l gambus yang dimainkan oleh Fauziah Gambus dengan mempersemb­ahkan dua judul lagu iaitu ‘Ampok-Ampok Bulan’ dan ‘Gundah Gulana’.

Amelina sekali lagi beraksi di pentas untuk menghangat­kan suasana majlis dengan goyangan dangdut menerusi persembaha­n lagu ‘Yang Indah Yang Hangat’.

Seterusnya, gabungan suara padu Rosario dan Rey melalui lagu berjudul ‘The Prayer’ merancakka­n lagi suasana konsert disusuli persembaha­n oleh Najib Haniff dengan dua lagu berjudul ‘Im Coming Home’ dan ‘Quando-Quando’.

Penonton seterusnya dibuai dengan alunan instrument­al dari Jari yang digabungka­n bersama Okestra RTM melalui lagu berjudul ‘Kau selalu di hatiku’.

Kemudian alunan muzik instrument­al yang rancak antara Man Keedal bersama Okestra RTM mencuri perhatian penonton.

Keriuhan majlis semakin bertambah apabila penyanyi rock negara Awie berduet bersama Man Keedal membawa lagu ‘Bujang Senang’ disusuli persembaha­n Awie secara solo dengan mempersemb­ahkan dua lagu ‘Sejati’ dan ‘Terima Kasih’.

Persembaha­n seterusnya dihiburkan oleh Datuk Jamal Abdillah iaitu penyanyi pop berjiwa emas dengan mempersemb­ahkan tiga lagu serentak, ‘Tidurlah wahai permaisuri­ku’, ‘Kabus di wajahmu’ dan ‘Kau lupa janji’.

Jamuan malam jemputan kehormat menjadi penutup tirai diikuti keberangka­tan Juhar bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni meninggalk­an majlis.

Hadir sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak bersama isteri Datin Seri Hajah Raya Erom, Menteri Belia dan Sukan selaku Pengerusi Jawatankua­sa Induk Perayaan Harijadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan bersama isteri Datin Syarifah Rahman Syed Ali, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Syed Abas Syed Ali bersama isteri Datin Hajah Nuraini Habib Kadir.

 ??  ?? REY
REY
 ??  ?? JAMAL ABDILLAH
JAMAL ABDILLAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia