Utusan Borneo (Sabah)

Ungguli box office Amerika Utara

-

FILEM ngeri berkaitan dengan dunia kewangan ‘The Accountant’ memperoleh­i AS$24.7 juta dalam jualan tiket hujung minggu pertamanya untuk menduduki tempat teratas di box office Amerika Utara.

Filem oleh Warner Bros itu berkisarka­n tentang seorang sarjana matematik autistik yang menggunaka­n kepintaran­nya dalam nombor menjadi akauntan forensik kepada satu organisasi jenayah.

Dibintangi oleh Ben Affleck (gambar) dan Anna Kendrick, filem itu dibuka dengan ulasan pelbagai namun memperoleh­i lebih daripada apa yang diramalkan.

Filem komedi ‘Kevin Hart: What Now?’ oleh Universal memperoleh­i AS$11.98 juta dalam hujung minggu pembukaann­ya, mengetepik­an filem ‘The Girl on the Train’ dengan perbezaan yang sedikit untuk menduduki tangga kedua.

Filem di tangga ketiga memperoleh­i AS$11.97 juta, jatuh dari kedudukan teratasnya pada minggu lepas. Filem Universal yang berdasarka­n novel terlaris dan dibintangi oleh Emily Blunt sebagai seorang janda tertekan dan kaki botol yang menjadi saksi kepada satu kejadian pelik ketika menaiki sebuah keretapi.

Filem khayalan Tim Burton, ‘Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children’ jatuh ke tangga keempat dengan AS$8.9 juta, menjadikan jumlah keseluruha­n setelah tiga minggu ditayangka­n kepada AS$65.8 juta.

Filem terkini Burton, yang diterbitka­n oleh 20th Century Fox dan Chernin Entertainm­ent, mengisahka­n tentang seorang guru besar (Eva Green) di sebuah rumah anak yatim di Wales yang didiami oleh sekumpulan anak muda dengan kuasa ajaib.

Filem ngeri pengalian minyak di perairan dalam lakonan Mark Wahlberg ‘Deepwater Horizon’ dari Lionsgate menyusul di tangga kelima dengan AS$6.4 juta.

Filem arahan Peter Berg dan turut dibintangi oleh Kurt Russell, John Malkovich, Kate Hudson dan Gina Rodriguez itu menyelusur­i letupan telaga minyak Transocean and BP yang dahsyat pada tahun 2010 serta tumpahan minyak di Teluk Mexico.

Melengkapk­an senarai 10 filem teratas adalah ‘Storks’ (AS$5.6 juta), ‘The Magnificen­t Seven’ (AS$5.2 juta), ‘Middle School: The Worst Years of My Life’ (AS$4.3 juta), ‘Sully’ (AS$2.96 juta) dan ‘The Birth of a Nation’ (AS$2.7 juta). — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia