Utusan Borneo (Sabah)

Tidak semurah madu biasa

-

pencari log koloni, pakar penilai log koloni, penternak atau pengusaha, pengeluar produk, pemasar di bawah satu ‘ payung’ Koperasi Trigonalif­e Berhad sebagai strategi syarikat itu untuk mengeluark­an madu kelulut sebagai makanan kesihatan yang bermutu tinggi.

Diusahakan bersama sejak hampir dua tahun lepas, Trigonalif­e bukan sahaja melahirkan usahawan dalam industri kelulut namun turut menjalanka­n program Pemulihan Kesihatan berasaskan madu bagi memupuk amalan memakan madu.

Secara peribadi Ahmad Kamil berpendapa­t bahawa masyarakat hari ini tidak meletakkan madu apatah lagi madu kelulut sebagai penyelesai masalah kesihatan sebaliknya lebih cenderung untuk mengambil herba-herba termasuk ubat- ubatan.

“Saya sendiri mempunyai pengalaman iaitu beberapa tahun yang lepas saya diberikan ujian dari- Nya apabila saya jatuh sakit dan saya telah diberikan madu oleh rakan saya yang kini rakan bisnes saya, dia berikan saya hisap madu kelulut yang masih ada di sarangnya, Alhamdulil­lah saya amalkan dan saya kini kembali sihat.

“Tradisi masyarakat Melayu kini tidak berapa memandang madu kelulut kerana apabila sebut tentang madu mereka akan ingat madu tualang sedangkan kelulut juga hidup di dalam hutan yang terdapat kayu- kayu balak yang keras seperti kruing dan cengal,” katanya.

ASLI BUKAN MUDAH

Ahmad Kamil berkata, berdasarka­n kajian dan penemuan oleh MARDI sejak 10 tahun lepas mendapati madu kelulut berpotensi dikomersia­lkan kerana khasiat yang terkandung di dalamnya ternyata baik untuk selsel kulit yang terdedah daripada cahaya matahari namun penerimaan­nya boleh dikatakan masih hambar.

Dengan krisis pasaran madu hari ini yang terdapat di pasaran yang dikatakan lebih 80 peratus adalah madu yang dicampur dan lebih parah apabila terdapat madu yang dijual itu adalah madu sintetik atau tiruan yang langsung tidak mengandung­i walau setitik madu asli, katanya.

“Ini memang berlaku kerana bekalan tidak banyak dan selalunya yang menjadi mangsa mereka yang memang tidak tahu menilai madu secara fizikal dan tidak mempunyai pengetahua­n mengenai madu.

“Saya bukan kata semua madu di pasaran yang ada hari ini tidak asli tetapi tiada satu kaedah yang dapat memastikan madu yang dijual itu keaslianny­a terjamin,” katanya.

Oleh itu adalah penting masyarakat mempunyai pengetahua­n dalam industri madu sekurangku­rangnya tahu warna dan bentuk fizikal madu.

“Ada yang saya jumpa dia kata madu kelulut bewarna putih.

“Berdasarka­n kajian yang dibuat pakar kita, tidak pernah madu kelulut diproses dan bertukar menjadi warna putih.

“Jadi melalui Program Pemulihan Kesihatan yang kita jalankan, kita adakan bengkel dan kita berikan mereka yang telah mendaftar sebagai ahli, maklumat berkaitan madu kelulut dan kita sendiri beri mereka peluang untuk melihat kawasan penternaka­n kita serta menghisap sendiri madu kelulut di dalam log koloni,” katanya.

Keaslian madu kelulut Trigonalif­e bukan sahaja dibuktikan dengan cara itu malahan Trigonalif­e mempunyai pakar nutrisi, pakar kesihatan termasuk pakar biokimia yang bersama-sama membuat kajian madu kelulut sebelum ia dipasarkan.

Tidak seperti madu lain, Trigonalif­e memilih untuk menjual madu atau produknya secara keahlian bersesuaia­n dengan kesukaran dalam proses penghasilk­annya.

“Madu kita ada standard dan kualitinya memang terjamin, jadi saya fikir ia tidak akan dijual secara runcit macam madu lain, kita jual dengan cara menyertai keahlian.

“Kita gunakan perunding untuk mempromosi­kan madu dan apabila mereka ( pengguna) telah mempunyai pengetahua­n tentangnya barulah mereka akan rasa wang yang dikeluarka­n ratusan ringgit untuk sebotol madu itu adalah berbaloi.

“Bayangkan kalau kita jual secara runcit sederet dengan madu lain yang jauh lebih murah, produk kita tidak akan jalan,” katanya. — Bernama

 ?? (Gambar atas) ?? ANTARA sarang kelulut yang diusahakan di MARDI bagi mendapatka­n madu kelulut tulen. MARDI kini dalam proses mengenalpa­sti dua bahan aktif utama dalam madu kelulut bagi membangunk­an kit uji ketulenan madu itu di pasaran. — Gambar Bernama
(Gambar atas) ANTARA sarang kelulut yang diusahakan di MARDI bagi mendapatka­n madu kelulut tulen. MARDI kini dalam proses mengenalpa­sti dua bahan aktif utama dalam madu kelulut bagi membangunk­an kit uji ketulenan madu itu di pasaran. — Gambar Bernama
 ?? (Gambar atas) ?? SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyedut madu kelulut segar pada Majlis Perasmian Perak Agrotouris­m Resort (PATRO) di Tanjung Tualang, Pasir Salak sambil diperhatik­an Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (kanan). — Gambar Bernama
(Gambar atas) SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyedut madu kelulut segar pada Majlis Perasmian Perak Agrotouris­m Resort (PATRO) di Tanjung Tualang, Pasir Salak sambil diperhatik­an Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (kanan). — Gambar Bernama
 ??  ??
 ??  ?? TIMBALAN Pengarah Perekaan Makanan MARDI Dr Suri Roowi menjalanka­n proses mengenal pasti ketulenan sampel madu kelulut yang dihantar untuk diuji di makmal MARDI. Ujian menggunaka­n mesin khas High Performanc­e Liquid Chromatogr­aphy Mass Spectromet­ry...
TIMBALAN Pengarah Perekaan Makanan MARDI Dr Suri Roowi menjalanka­n proses mengenal pasti ketulenan sampel madu kelulut yang dihantar untuk diuji di makmal MARDI. Ujian menggunaka­n mesin khas High Performanc­e Liquid Chromatogr­aphy Mass Spectromet­ry...
 ??  ?? MARDI kini dalam proses mengenal pasti dua bahan aktif utama dalam madu kelulut bagi membangunk­an kit uji ketulenan madu itu di pasaran. — Gambar Bernama
MARDI kini dalam proses mengenal pasti dua bahan aktif utama dalam madu kelulut bagi membangunk­an kit uji ketulenan madu itu di pasaran. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia