Utusan Borneo (Sabah)

Gomis bantu Marseille benam Metz 1-0

-

Marseille membuat persediaan untuk era pemilikan baharu dengan menewaskan Metz 1-0 menerusi gol Bafetimbi Gomis dalam separuh masa pertama Ahad lepas.

Pada perlawanan terakhir dalam era pemilikan LouisDreyf­us, Marseille memberikan penyokong mereka satu keceriaan sejak begitu lama kecewa musim ini yang menyaksika­n mereka berada di tangga ke-12 dalam Ligue 1 Perancis.

Gomis menjaringk­an gol keenam beliau musim ini untuk memberikan pemilik baharu, Frank McCourt dari Amerika Syarikat (AS), satu

PARIS, Perancis:

harapan menjelang perlawanan pertama di bawah pemilikan beliau nanti, iaitu perlawanan sukar menentang juara bertahan, Paris Saint Germain (PSG) Ahad depan.

Walaupun memulakan musim dengan hambar, ia adalah kemenangan ketiga di tempat sendiri buat Marseille – lebih baik dari musim lepas di mana mereka menamatkan saingan di tangga ke-13.

Perlawanan di Stadio Velodrome juga mahu dilupakan kerana hanya sejumlah kecil penonton hadir menyaksika­n perlawanan.

Gol kemenangan hadir pada minit ke-13 dengan Gomis menolak bola muntah selepas penjaga gol Metz, Thomas Didillon gagal menepis kemas tandukan pertama Gomis.

Marseille mempunyai peluang untuk menamatkan saingan tetapi cubaan Clinton Njie dan Gomis dalam separuh masa kedua tidak menepati sasaran.

Metz cuba bangkit pada lewat permainan tetapi trauma dibelasah 0-7 oleh Monaco masih menyelubun­gi pasukan dan gagal mengelak kekalahan kedua berturut-turut.

Pada perlawanan lain, Saint Etienne memperoleh­i satu tendangan penalti pada lewat permainan untuk mengikat kedudukan dengan Dijon 1-1.

Nolan Roux menyempurn­akan tendangan penalti lewat untuk mengikat gol Pierre Less-Melou pada minit ke-22.

Perlawanan di antara Rennes dan Bordeaux juga berkesudah­an dengan seri 1-1.

Nice kini mempunyai kelebihan empat mata di singahsana liga selepas menewaskan Lyon 2-0 pada perlawanan hari Jumaat sementara Monaco tewas 1-3 di Toulouse.

PSG memintas Monaco dengan perbezaan gol selepas menewaskan Nancy 2- 1 pada perlawanan hari Sabtu. — AFP

 ??  ?? PEMAIN tengah Marseille, Lassana Diarra (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Metz, Georges Mandjeck ketika bersaing pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Velodrome, Marseille Ahad lepas. — Gambar AFP
PEMAIN tengah Marseille, Lassana Diarra (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Metz, Georges Mandjeck ketika bersaing pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Velodrome, Marseille Ahad lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia