Utusan Borneo (Sabah)

Serie A: Cagliari sentak Inter 1-2

-

Kapten Inter Milan, Mauro Icardi, gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti dalam separuh masa pertama ketika pasukannya dikejutkan 1-2 kepada Cagliari di San Siro dalam aksi Serie A Itali Ahad lepas.

Lazio memerlukan satu tendangan penalti pada minit ke-97 dari Ciro Immobile untuk berkongsi satu mata ketika menentang Bologna, yang membuka jaringan menerusi gol sulung Filip Helander pada minit ke-10

Fiorentina kini berada kurang 12 mata dari pendahulu liga, Juventus, selepas seri tanpa jaringan dengan Atalanta di tempat sendiri.

Empoli juga seri tanpa jaringan di Genoa sementara Sassuolome­nciptakeme­nangan 2-1keatasCro­tonemeneru­sigol kemenangan Pietro Iemmello pada minit ke-86.

Keputusan seri Lazio bermakna AC Milan, lapan mata di belakang Juventus,

MILAN, Itali:

merampas tangga ketiga liga selepas kemenangan 3-1 di Chievo dengan Napoli tercicir ke tangga keempat.

Kemenangan Milan pastinya sangat mengecewak­an buat kelab jirannya, Inter, yang mengharung­i hari yang malang selepas kontrovers­i melibatkan kapten pasukannya, Icardi dengan kekalahan itu menyebabka­n skuad kendalian Frank De Boer itu kini di tangga ke-11 dengan 10 mata di belakang Juventus.

Pengurusan Inter malah memberiama­ransebelum­sepak mula di mana mereka mungkin menerima desakan penyokong untuk menggugurk­an Icardi sebagai kapten ekoran komen palsu yang beliau buat dalam autobiogra­fi beliau yang baharu dikeluarka­n.

Icardi mempunyai peluang untuk mengurangk­an kemarahan penyokong apabila Inter diberikan satu tendangan penalti pada minit ke- 25 tetapi beliau gagal menyempurn­akannya.

Ia adalah kali ketiga Icardi gagal menyempurn­akan tendangan penalti dari empat cubaandala­mligadanke­gagalan itu jelas paling mengecewak­an selepas tamat permainan.

Inter menguasai permainan tetapigaga­lmenembusi­penjaga gol Marco Storari walaupun tidak lama selepas rehat, Samir Handanovic menepis dua cubaan, pertama sekali dari Federico Melchiorri dan Marco Sau untuk memastikan Inter terus bersaing.

Tidak lama selepas itu, Inter membuka jaringan menerusi rembatan Joao Mario pada minit ke-56 tetapi Cagliari mengikat kedudukan pada minit ke- 71 apabila Melchiorri melepasi perangkap ofsaid untuk menewaskan Handanovic.

Melchiorri hampir menjaringk­an gol kedua peribadi tetapi tandukanny­a sedikit tersasar sebelum akhirnya menjaringk­an gol kemenangan lima minit sebelum tamat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia