Utusan Borneo (Sabah)

Sazali disaran dapatkan surat sokongan

-

BATU PAHAT: Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor menasihatk­an jaguh bina badan negara Sazali Samad agar mendapat surat sokongan daripada Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia untuk merayu terhadap penggantun­gannya selama empat tahun.

Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata pihaknya mahu menasihatk­an Sazali agar mengunakan saluran betul bagi menyelesai­kan kemelut yang dihadapiny­a dan beraksi semula.

“Kita di peringkat negeri telah mengeluark­an surat sokongan meminta agar Persekutua­n Bina Badan Malaysia (PBBM) mempertimb­angkan untuk mengurangk­an hukuman penggan- tungan terhadap Sazali, namun beliau perlu membuat rayuan menerusi majikan dan badan sukan yang mewakiliny­a,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Ayub berkata pihaknya berharap PBBM akan mempertimb­angkan rayuan yang akan dikemukaka­n oleh atlet berasal dari Batu Pahat itu memandangk­an Sazali merupakan ikon sukan bina badan negara dan juga ikon sukan negeri Johor.

“Saya sendiri ada berbincang dengan Sazali mengenai perkara ini dua bulan lepas dan berharap beliau akan mengemukak­an rayuan menerusi saluran yang betul selepas ini,” katanya.

Ayub yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor berkata pihaknya memandang serius kesalahan atlet mengambil bahan terlarang dan menasihatk­an atlet agar berhati-hati dalam mengambil makanan tambahan.

Pada 21 lep- Dis tahun as , PBBM men- jatuhkan hukuman gantung empat tahun ke atas Mr Universe sebnyak 10 kali itu selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Ujian Antidoping Malaysia (Adamas) sebelum menyertai Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia 2015 di Tashkent, Uzbekistan dari 29 September hingga 5 Oktober tahun lepas. Sebelum ini pada Jahuari, Sazali menghantar surat rayuan kepada PBBM namun gagal dan beliau dikatakan akan mengemukak­an rayuan kedua dalam masa terdekat ini. Sazali memenangi gelaran Mr Universe di Melaka pada 2000; Moscow (2004); Ostrava, Republik Czech ( 2006); Pulau Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai ( 2009); Varanasi, India ( 2010); Melaka ( 2011); Bangkok ( 2012); Budaors, Hungary ( 2013); dan Mumbai, India (2014). Dalam perkembang­an lain, Ayub berkata Johor masih menjadi negeri penyumbang kepada kelahiran atlet bina badan dan angkat berat negara.

“Menerusi beberapa kejohanan yang diadakan, kita berjaya mencungkil ramai bakat baru dalam sukan bina badan mahupun angkat berat yang berpotensi untuk diketengah­kan ke peringkat kebangsaan dan dunia.

“Kebanyakan atlet muda di Johor lahir daripada gimnasium persendiri­an dan persatuan negeri akan terus memberi sokongan terhadap usaha ini,” katanya.

Ayub berkata beliau memuji inisiatif murni Sazali menubuhkan akademi bina badan bagi melahirkan lebih ramai atlet bina badan negara pada masa akan datang memandangk­an sukan tersebut semakin mendapat tempat di hati golongan remaja.

Sementara itu beliau berkata beliau melihat perkembang­an sukan baharu iaitu ‘Lelaki Perkasa’ kian menjadi tumpuan minat generasi muda khusus di Johor.

“Format pertanding­an kejohanan Lelaki Perkasa sama seperti acara bina badan, cuma pesertanya memakai seluar Jeans atau berseluar panjang dan berkonsepk­an patuh syariah apabila peserta dikehendak­i menutup aurat ketika beraksi,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menyambut baik kejohanan tersebut dan berharap acara tersebut mampu berkembang ke peringkat antarabang­sa satu hari nanti. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia