Utusan Borneo (Sabah)

Bolasepak UMS-Carino buka penyertaan

- QWEK Oleh DESMOND

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah ( UMS) akan menganjurk­an Kejohanan Bola Sepak UMS-Carino 9 Sebelah Terbuka 2016 pada 26 - 27 November hadapan.

Kejohanan bersempena Majlis Konvokesye­n UMS itu terbuka untuk semua pasukan bola sepak di seluruh negeri Sabah.

Kejohanan itu akan dijalankan mengikut format `double knockout’ di mana perlawanan pertama akan menentukan pasukanpas­ukan akan meneruskan pertanding­an untuk merebut kejuaraan dalam Kumpulan Kalah ataupun Kumpulan Menang.

Penyertaan kejohanan itu dihadkan untuk 32 pasukan sahaja berdasar `siapa cepat dia dapat’.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UMS; Mohd Asyraaf Abdullah

kejohanan ini adalah sebagau salah satu program dalam memberi peluang untuk warga kampus berinterak­si dengan masyarakat luar melalui sukan bola sepak.

“Dalam masa yang sama, acara ini juga menjadi medan publisiti untuk masyarakat luar kampus berkaitan Majlis Konvokesye­n UMS.

“Bagi pihak penganjur, kami berterima kasih kepada pihak syarikat barangan Carino diatas sokongan menjadi penaja utama kejohanan ini,” jelas beliau.

Hadiah-hadiah yang ditarawkan termasukla­h wang tunai, medal dan piala iringan serta barangan sukan tajaan Carino.

Sepanjang kejohanan itu berlangsun­g, Pesta Tamu Gadang yang mana gerai- gerai jualan barangan dan makanan turut diadakan disamping pelbagai program lain.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 0168207479 (Azman Soaibah), 0148926342 (Ramlan Rashid), 0109406713 ( Syariah Asilah) atau datang terus ke Pusat Sukan UMS sebelum tarikh tutup pada 22 November. -

 ??  ?? PERSAHABAT­AN: Media Mix Team (MMT) mengadakan perlawanan persahabat­an bola sepak menentang pasukan Bluetooth FC yang berlangsun­g di Padang Sintetik Kompleks Sukan Likas pada Ahad.
Perlawanan yang berlangsun­g sekitar jam 9 malam itu menyaksika­n...
PERSAHABAT­AN: Media Mix Team (MMT) mengadakan perlawanan persahabat­an bola sepak menentang pasukan Bluetooth FC yang berlangsun­g di Padang Sintetik Kompleks Sukan Likas pada Ahad. Perlawanan yang berlangsun­g sekitar jam 9 malam itu menyaksika­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia