Utusan Borneo (Sabah)

TIGA LAGI SUSPEK DIBEBAS

Kerajaan negeri gantung kerja pengarah, timbalan pengarah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tiga lagi suspek yang ditahan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Oktober lalu, dibebaskan daripada tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kelmarin.

Perintah dikeluarka­n oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie di dalam kamarnya jam 10 pagi.

Ini menjadikan empat orang kesemuanya dibebaskan dengan ikat jamin.

Tiga yang dibebaskan kelmarin ialah timbalan pengarah jabatan negeri dan adiknya yang bergelar 'Datuk' serta seorang akauntan kepada Datuk berkenaan.

Timbalan pengarah dan adiknya itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM500 ribu tanpa deposit dengan dua penjamin setiap seorang, manakala akauntan pula dibebaskan dengan jaminan RM50 ribu tanpa deposit dengan dua penjamin.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n pembebasan ketiga- tiga suspek itu dan berkata mereka dikehendak­i melaporkan diri di Pejabat SPRM setiap bulan.

Katanya, kesemua suspek akan dipanggil semula untuk membantu siasatan sekiranya perlu pada bila-bila masa.

“Siasatan masih dijalankan dan akan dilengkapk­an secepat mungkin sebelum kertas siasatan dikemukaka­n kepada Timbalan Pendakwara­ya untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, pengarah jabatan berkenan yang direman sejak 4 Oktober lalu dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM500,000 tanpa deposit dengan dua penjamin.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan berkata pengarah dan timbalan pengarah itu telah digantung kerja, berkuatkua­sa sejak 4 dan 5 Oktober lalu.

"Kedua- dua mereka digantung pada tarikh masingmasi­ng ditangkap oleh pihak berkuasa pada hari berkenaan.

"Kedua- dua mereka juga tidak dibenarkan memasuki premis jabatan dan juga agensi lain yang berkaitan dengan jabatan itu," katanya.

Tambahnya kedua- dua suspek juga tidak dibenarkan meninggalk­an Sabah sepanjang tempoh siasatan dilakukan.

Pada 5 Oktober lalu, Majistret Stephanie Sherron Abbie membenarka­n permohonan reman tujuh hari mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegah Rasuah 2009, manakala pada 10 Oktober lalu, Mahkamah Majistret melanjutka­n tahanan reman terhadap empat suspek mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan lanjutan reman dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama seminggu.

Semasa penahanan suspek, SPRM berjaya merampas wang tunai sebanyak RM114 juta dari rumah dan pejabat pengarah termasuk RM8.3 juta matawang asing serta RM3.3 juta dari tujuh peti simpanan bank.

SPRM turut mendapati sejumlah RM30 juta wang yang dipindahka­n ke dalam akaun luar negara iaitu RM29 juta adalah kepunyaan timbalan pengarah dan RM1 juta milik pengarah terbabit.

Selain rampasan wang tunai, SPRM juga berjaya merampas 127 geran tanah yang dianggarka­n bernilai kirakira RM30 juta serta sembilan kereta mewah pelbagai jenis seperti Range Rover, Audi, BMW, Ford Ranger, Mercedez Benz, Mazda, Volvo dan Lexus daripada pengarah dan timbalanny­a serta dua rampasan terbaharu daripada bekas timbalan pengarah jabatan yang sama Khamis lalu, dengan jumlah rampasan keseluruha­nnya sebanyak 11 kereta.

Kira- kira 14.5 kilogram barang kemas yang bernilai RM3.64 juta turut dirampas daripada kedua- dua rumah pengarah dan timbalan pengarah serta dari peti simpanan bank yang dijumpai 6 Oktober lalu.

 ?? Gambar JABATAN KETUA MENTERI ?? KUNJUNGAN... Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (dua kiri) menerima kunjungan hormat daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah Sabah Datuk Jasri @Nasip Matjakir (kiri) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Datuk Ir Haji Amrullah Kamal (dua...
Gambar JABATAN KETUA MENTERI KUNJUNGAN... Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (dua kiri) menerima kunjungan hormat daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah Sabah Datuk Jasri @Nasip Matjakir (kiri) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Datuk Ir Haji Amrullah Kamal (dua...
 ??  ?? AZAM menunjukka­n kenderaan yang dirampas dalam kes rasuah itu, dalam sidang akhbar pertama mengenai operasi SPRM itu.
AZAM menunjukka­n kenderaan yang dirampas dalam kes rasuah itu, dalam sidang akhbar pertama mengenai operasi SPRM itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia