Utusan Borneo (Sabah)

Sedia perkhidmat­an perubatan berkualiti

Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 dapat sambutan menggalakk­an penduduk

-

TAWAU: Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 di Jalan Datuk Chong Thien Vun, dekat Sin Onn di sini, yang memulakan operasinya kelmarin mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada penduduk setempat.

Klinik itu yang mengambil alih perkhidmat­an Jabatan Pesakit Luar Hospital Besar Tawau dan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu turut menyediaka­n perkhidmat­an kecemasan.

Tinjauan Bernama pada hari pertama klinik itu beroperasi, kebanyakan pesakit yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan perkhidmat­an klinik berkenaan serta berpendapa­t pembukaan klinik itu adalah terbaik dan sesuai.

Bagi Ketua Kampung Tinagat, Osman Hassan, sememangny­a klinik yang disediakan kerajaan itu memberi kemudahan dan peluang kepada penduduk di sekitar daerah Tawau untuk mendapatka­n rawatan dan khidmat kesihatan yang baik.

“Kita berharap penduduk memanfaatk­an kemudahan ini sebaik- baiknya, walaupun masih terdapat beberapa kekurangan seperti ketiadaan sistem nombor giliran, namun kita faham dan percaya kekurangan itu akan diatasi sedikit demi sedikit,” katanya kepada Bernama di sini.

Osman yang datang bersama isterinya ke klinik berkenaan berkata pengasinga­n Jabatan Pesakit Luar dari Hospital Besar Tawau itu turut dapat menjimatka­n masa pesakit dan tidak perlu menunggu terlalu lama bagi mendapatka­n rawatan.

Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ruzlan berkata, perpindaha­n klinik ini bertepatan dengan faktor pertambaha­n penduduk di Tawau.

Beliau berkata ekoran itu, jumlah pesakit luar yang mendapatka­n rawatan di Hospital Besar Tawau sebelum ini juga turut meningkat.

“Di Hospital Besar Tawau hanya terdapat empat bilik untuk merawat pesakit luar, tetapi di klinik baharu ini kita mempunyai 12 bilik dan semestinya kemudahan rawatan yang lebih luas ini dapat menampung permintaan rawatan daripada pesakit yang berkunjung,” katanya lagi.

Katanya, permasalah­an seperti tempat letak kereta juga dapat diatasi.

Tinjauan mendapati Jalan Datuk Chong Thien Vun itu yang sebelum ini tidak dilalui pengangkut­an awam seperti bas, hari ini dipenuhi dengan kenderaan itu untuk memberi kemudahan kepada orang awam yang datang ke klinik itu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata pewujudan Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 dilihat sebagai tanda komited Jabatan Kesihatan Negeri menyediaka­n penempatan baharu untuk perkhidmat­an kesihatan.

Beliau berkata dengan adanya klinik baharu itu juga, ia dapat menampung beban kerja sedia ada, seterusnya menyahut dan merealisas­ikan seruan kerajaan untuk ‘merakyatka­n perkhidmat­an awam’.

“Penduduk daerah Tawau akan menerima perkhidmat­an rawatan perubatan yang berkualiti dalam keadaan selesa, selain kemudahan disediakan dengan baik berbanding Jabatan Pesakit Luar di Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan.

Dr Christina berkata, masyarakat Tawau dan daerah sekitarnya boleh menghubung­i talian hotline 089775733 untuk mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan operasi di Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? SEBAHAGIAN pesakit mendapatka­n rawatan di Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 di Jalan Datuk Chong Thien Vun, Sin Onn kelmarin.
-Gambar Bernama SEBAHAGIAN pesakit mendapatka­n rawatan di Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 di Jalan Datuk Chong Thien Vun, Sin Onn kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia