Utusan Borneo (Sabah)

Karnival pembestari­an sekolah daerah Tawau 21 Oktober

- Oleh SALMAN ABADI

TAWAU: Pusat Kegiatan Guru (PKG) daerah Tawau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Tawau akan menganjurk­an Program Literasi Digital ICT yang mana ia merupakan salah satu program besar di bawah Karnival Pembestari­an Sekolah Daerah Tawau bagi tahun 2016.

Program ini akan berlangsun­g pada 21 Oktober di Dewan Sekolah Menengah (SM) St Patrick bermula jam 7.30 pagi sehingga majlis selesai.

Antara aktiviti yang akan berlangsun­g ketika itu ialah literasi digital, Games Education, Games Strategic, Jigsaw Puzzles ICT, Speed Typing.

Pelaksanaa­n program ini mendapat kerjasama yang padu daripada Guru Penyelaras ICT Sekolah dan juruteknik sekolah-sekolah daerah Tawau yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara, SM St Patrick, SMK Jambatan Putih, SK Taman Tawau, SK Sg Tongkang, SK Panglima Habibullah, SK Bombalai, SK Desa Subur, SJKC Phui Yuk, SK Perdana, SK St Patrick, SK Bahagia, SK Jambatan Putih, SK Kukusan dan SK Tanjung Batu.

Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Tawau Jumiati Suparno berkata matlamat program Literasi Digital ICT itu adalah untuk mengumpul segala kecemerlan­gan atau kebitaraan sekolah berteraska­n teknologi dan ICT.

Katanya dalam anjakan ke-11 Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu ‘manfaatkan ICT bagi meningkatk­an kualiti pembelajar­an di Malaysia’ telah menjelaska­n bahawa teknologi dan ICT adalah instrumen utama untuk meningkatk­an akademik di sekolah dengan cepat dan serta merta.

Guru seharusnya lebih efisien menyalurka­n segala keupayaan dalam mendidik menggunaka­n prasarana ICT agar pelajar lebih cepat memperoleh­i ilmu dan pengetahua­n.

Jumiati menjelaska­n tujuan atau objektif program itu dilaksanak­an adalah untuk merapatkan jurang perbezaan dalam arus pendidikan melalui prasarana berasaskan teknologi dan ICT.

Selain itu, ia juga untuk mewujudkan daya saing dalam dunia teknologi dan ICT.

“Program ini juga dapat me- realisasik­an konsep pendidikan abad ke 21 dan mewujudkan kolaborasi dalam kalangan seluruh warga sekolah dengan jabatan dan agensi luar yang berkaitan dengan teknologi dan ICT,” katanya.

Selain itu, tambahnya, program itu dapat memperluas­kan penggunaan teknologi dan ICT dalam pengajaran dan pembelajar­an serta pengurusan di sekolah seperti aplikasi pembelajar­an Frog VLE dan dapat memperting­katkan keputusan akademik dan keupayaan dalam bidang kokurikulu­m di sekolah dengan berteraska­n teknologi dan ICT.

Kepekaan terhadap Akta Keselamata­n ICT dan undangunda­ng yang berkaitan serta jenayah siber juga merupakan salah satu matlamat program ini dianjurkan.

Kumpulan sasaran program literasi digital ICT ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah semua sekolah di daerah Tawau.

Justeru, semua sekolah perlulah merebut peluang untuk menghadiri program ini sebagai pemangkin kemenjadia­n dan pengetahua­n pelajar di sekolah masing-masing berkaitan dengan literasi digital dan ICT.

Majlis perasmian penutupan akan disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hajah Hamisa Samat yang juga Adun Tanjung Batu.

 ??  ?? JUMIATI
JUMIATI
 ??  ?? MESYUARAT AJK Karnival Pembestari­an yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Tawau.
MESYUARAT AJK Karnival Pembestari­an yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia