Utusan Borneo (Sabah)

MAKLUMAT DALAMAN BOCOR?

Risikan kenal pasti individu bocor maklumat bagi penceroboh­an di perairan Sabah

- Saga terbabit mengalami kerosakan teruk.

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan risikan jika terdapat individu dalam agensiagen­si penguatkua­saan yang membocorka­n maklumat sehingga berlaku penceroboh­an di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Menurutnya KDN sentiasa prihatin terhadap isu kedaulatan dan keselamata­n negara, meskipun terdapat beberapa kekangan.

“Terdapat beberapa kekangan biarpun kita ada aset, anggota dan juga sistem maklumat tertentu. Tetapi sebagaiman­a yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katakan, ada kemungkina­n berlaku kebocoran maklumat,” katanya menjawab soalan tambahan M.Kulasegara­n (DAP-Ipoh Barat) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidanga­n Dewan Rakyat kelmarin.

Kulasegara­n ingin tahu kenapa masih berlaku penceroboh­an di perairan Sabah meskipun pelbagai langkah telah dilaksanak­an.

Sesi MQT itu diadakan buat pertama kali pada persidanga­n Dewan Rakyat, dan diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermula sesi soal jawab selama 30 minit.

Ahmad Zahid berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga keselamata­n negara, termasuk menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang merangkumi gabungan pelbagai jabatan antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Selain itu, katanya kerjasama dengan beberapa negara termasuk negara jiran turut diadakan dengan langkah yang diambil antaranya mendirikan pagar di kawasan sempadan negara, bertukar maklumat dalam kalangan negara Asean, selain menubuhkan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad Zahid berkata keselamata­n lapangan terbang negara sejak 1 April lepas adalah pada tahap jingga.

“Kita telah mendapat satu tanda iaitu lapangan terbang kita berada di tahap jingga, iaitu perlu berhati-hati. Mesyuarat penyelaras­an telah dilakukan untuk kesiapsiag­aan di lapangan terbang,” katanya.

Shamsul Anuar dalam soalannya ingin tahu sejauh mana keselamata­n negara di semua pintu sempadan dengan negara jiran dan di lapangan terbang seluruh negara, selain kemudahan terkini yang diguna pakai bagi mengesan serta mencegah berlakunya perkara tidak diingini.

Menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi dalam menyelaras semua agensi dan jabatan di pintu-pintu sempadan negara, Ahmad Zahid berkata ia telah dapat diatasi dengan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Sejak kewujudan NBOS dengan menggabung­kan pelbagai kementeria­n, segala kekangan dapat diatasi sebaiknya dan agensi kerajaan keluar daripada kepompong silo,” katanya. -Bernama

 ??  ??
 ??  ?? MUSA (tengah) bersama barisan jemaah menteri Sabah menunjukka­n senarai penerima geran komunal berkenaan.
MUSA (tengah) bersama barisan jemaah menteri Sabah menunjukka­n senarai penerima geran komunal berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia