Utusan Borneo (Sabah)

339 penduduk di Pagalungan terima geran komunal

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Seramai 339 penduduk di 14 kampung di daerah kecil Pagalungan di sini, menerima geran komunal daripada kerajaan negeri.

Pemberian geran komunal itu melibatkan keluasan 8,600 seribu ekar yang akan diusahakan penduduk kampung terlibat.

Penyampaia­n geran komunal itu disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Balai Budaya Kampung Logogon di sini, kelmarin.

Musa berkata pemberian geran komunal itu melibatkan keluasan hampir seribu hektar yang akan diusahakan penduduk kampung terlibat untuk tanaman pertanian seperti sawit atau getah.

“Pemberian geran komunal ini adalah inisiatif kerajaan negeri bagi memacu pembanguna­n sosioekono­mi rakyat kuhsusnya di kawasan luar bandar di negeri ini untuk mengusahak­an tanah daripada terbiar,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n geran komunal sempena lawatan kerja di daerah kecil berkenaan.

Katanya melalui pemberian geran itu juga secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pihak berwajib membangunk­an kawasan berkenaan secara sistematik berbanding sebelumnya.

“Rakyat sudah banyak mendapat manfaat daripada usaha berterusan kerajaan, walaupun tidak dapat selesai sekelip mata atau jangka masa singkat tetapi sudah banyak isu tanah telah berjaya diselesaik­an oleh pemimpin kerajaan serta banyak geran tanah orang kampung telah diberikan,” katanya.

“Sudah ramai rakyat khususnya golongan miskin dan miskin tegar berjaya dikeluarka­n daripada belenggu kemiskinan dengan adanya tanah yang diusahakan secara bersama menerusi geran komunal,” katanya.

Apa yang pasti katanya, geran komunal itu telah membawa banyak kebaikan khususnya kepada Anak Negeri Sabah. Antaranya, dapat mempertaha­nkan kepentinga­n Anak Negeri ke atas tanah di kawasan mereka, pengagihan tanah secara telus, adil dan saksama, menangani masalah pertindiha­n permohonan tanah, dan tanah dapat dibangunka­n secara bersepadu.

Musa berkata kerajaan amat komited dalam membangunk­an kawasan luar bandar melalui pelbagai cara agar penduduk kampung dapat menikmati setiap arus pembanguna­n termasuk penyediaan prasarana kemudahan asas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia