Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti India di Lahad Datu wajar dapat kemudahan beribadat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Komuniti India di daerah ini wajar mendapat perhatian kerajaan kerana sumbangan mereka memajukan pembanguna­n Lahad Datu.

Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h berkata sumbangan mereka dalam bidang perubatan, pendidikan, sektor perladanga­n dan lain- lain telah meletakkan daerah ini berada di tahap pencapaian pembanguna­n yang kukuh.

“Sebagai contoh, komuniti komuniti India telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi perladanga­n yang sebelum ini getah dan kini ladang sawit.

“Bezanya, dulu mereka sebagai penoreh getah namun kini di ladang-ladang sawit mereka merupakan pekerja profesiona­l, sebagai pengurus ladang dan pemilik ladang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Malam Sambutan Deepavali anjuran Komuniti India Lahad Datu, di sini, kelmarin.

Menurutnya meskipun ada yang telah berhijrah meninggalk­an Lahad Datu namun ada yang kembali semula ke sini dan menetap di sini.

Katanya lebih unik lagi, golongan itu telah mempunyai keluarga yang besar dan hampir kesemuanya berkerjaya profesiona­l serta menyumbang kemahiran mereka untuk kemajuan pendidikan di sekolah-sekolah sekitar Lahad Datu.

Sehubungan itu, Mizma yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu akan membawa permasalah­an rumah ibadat yang menjadi permasalah­an komuniti India di daerah agar mendapat perhatian sewajarnya.

“Mereka memaklumka­n bahawa mereka amat memerlukan rumah ibadat kerana masalah akan lebih meruncing apabila musim perayaan.

“Mereka dalam satu persatuan akan menggunaka­n daya usaha mereka sendiri untukbersa­ma-samakeTawa­u atau Sandakan semata-mata untuk beribadat kerana di sini tidak ada kuil,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mizma telah menyumbang­kan bantuan untuk kegunaan komuniti itu mengadakan aktiviti.

Penganjur Ravi Vellan menghargai keprihatin­an beliau dan berharap masyarakat India di daerah itu terus fokus melaksanak­an tanggungja­wab masingmasi­ng dan sentiasa berusaha memajukan negara dalam pelbagai bidang.

Majlis yang menghimpun­kan lebih kurang 150 orang itu dihadiri masyarakat India yang merupakan keturunan komuniti itu yang tinggal di daerah ini sejak 1960-an lagi.

 ??  ?? MIZMA (tengah) memotong kek bersama Ravi (kanan) dan tetamu jemputan khas lain.
MIZMA (tengah) memotong kek bersama Ravi (kanan) dan tetamu jemputan khas lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia