Utusan Borneo (Sabah)

Upko harap tanding empat kerusi

Daripada 13 DUN baharu yang diluluskan baru-baru ini

-

KOTA MARUDU: Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un dan Murut Bersatu ( Upko) Datuk Siringan Gubat berharap kepimpinan pusat Barisan Nasional ( BN) akan memberikan peluang kepada parti itu untuk mewakili gabungan itu sekurangku­rangnya empat daripada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang dicadangka­n, iaitu Dambai, Menggaris, Telupid dan Bengkoka.

“Secara peribadi, saya berharap Upko akan dapat sekurang-kurangnya empat daripada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang baru yang dicadangka­n, di mana kita telah kenaslpast­i kawasankaw­asan yang mempunyai majoriti pengundiny­a adalah Kadazandus­un dan Murut (KDM).

“Kami akan bincang perkara ini dengan kepimpinan tertinggi BN melalui Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau,” katanya.

Siringan berkata permintaan kerusi DUN baru itu adalah berdasarka­n kajian menyeluruh yang telah dibuat oleh parti dan jumlah keahlian parti di sana.

Beliau juga percaya bahawa parti itu, sama seperti rakan komponen lain, juga layak mempunyai peluang terhadap cadangan kerusi-kerusi DUN baru berkenaan.

“Kita mahu Upko kekal semua kerusi yang ditandingi semasa pilihan raya ke-12 dan ke-13, dan diberi sekurangku­rangnya empat daripada 13 kerusi DUN baru yang dicadangka­n,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Upko Zon Kota Marudu, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Bahagian Upko Kota Marudu Padis Majingkin, Timbalanny­a Joseph Pulok, Setiausaha Politik James Ingguru, Setiausaha Sulit Jaibie Dualis, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George dan Pegawai Khas (Madius) Felix Saang.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Siringan yang juga Adun Paginatan dan Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat menyuaraka­n sokongan penuhnya kepada Upko Bahagian Kota Marudu yang mahu kerusi DUN Menggaris atau Tandek diberikan kepada parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum ( PRU) akan datang.

Beliau juga mewakili Madius untuk menerima borang keahlian daripada 573 orang yang mahu mentertai Upko melalui bahagian itu.

Menyentuh kehadiran ramai ahli Upko di majlis itu, beliau berkata ia menunjukka­n parti itu di landasan yang betul dalam perjuangan­nya dan dalam memperjuan­gkan hak Pasokmomog­un.

 ??  ?? SIRINGAN
SIRINGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia