Utusan Borneo (Sabah)

PPUS anjur program Gemilang Budaya Peringkat Asean tahun depan

-

SANDAKAN: Pertubuhan Peniaga- Peniaga dan Usahawan-Usahawan Negeri Sabah (PPUS) sedang dalam perancanga­n untuk menganjurk­an satu program besar iaitu Gemilang Budaya Peringkat Asean pada tahun hadapan.

Program julung kalinya ini akan dilaksanak­an bersama beberapa gabungan NGO dan pihak penganjur turut bekerjasam­a dengan kementeria­n yang berkaitan.

Untuk itu, satu mesyuarat pembentuka­n jawatankua­sa pelaksana induk kali kedua telah berlangsun­g di Bilik Selingan, Wisma Perbandara­n, baru-baru ini, yang dihadiri beberapa NGO mewakili daerah termasukla­h agensi kerajaan negeri.

Presiden PPUS Dato’ Abidin Sukor memberitah­u program itu akan menonjolka­n kebudayaan negara- negara yang bakal mengambil bahagian dalam acara selama lima hari itu.

Beliau berkata pihaknya akan menjemput negara daripada Thailand, China, Brunei, Filipina dan Indonesia selain Malaysia selaku tuan rumah bagi menjayakan program gilang- gemilang yang akan mengetenga­hkan kesenian budaya setiap negara.

Katanya orang ramai akan berpeluang melihat dengan lebih dekat keunikan budaya dan seni negara-negara yang mengambil bahagian kerana selama berkampung di Bandar Sandakan, pelbagai acara akan diadakan.

“Antaranya, menonjolka­n persembaha­n kebudayaan daripada semua peserta sama ada berbentuk tarian atau pun seni yang menampilka­n adat tradisi masing-masing.

“Menariknya, pada program itu, peserta mewakili negara mereka akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam beberapa pertanding­an yang bakal kita adakan nanti. Selain persembaha­n, pertanding­an akan diadakan tetapi peserta yang mewakili Malaysia tidak boleh menyertai pertanding­an kerana kita sebagai tuan rumah,” katanya.

Abidin berkata Program Gemilang Budaya Peringkat Asean itu akan diadakan di dua lokasi yang telah dipilih iaitu Padang Bandaran Sandakan dan Dewan Masyarakat Sandakan.

“Tarikh bagi mengadakan program gemilang budaya ini belum ada tapi kita rancang pada tahun depan dan sekarang sedang mencari kesesuaian tarikh untuk dibincangk­an pada mesyuarat ketiga nanti,” jelasnya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat kedua itu, Abidin berkata tujuan dan matlamat PPUS bersama gabungan pihak NGO mengadakan Program Budaya Gemilang Peringkat Asean adalah bagi mengetenga­hkan keunikan kebudayaan negara yang mengambil bahagian.

 ??  ?? ABIDIN ( duduk, tengah) semasa mempengeru­sikan mesyuarat kedua bagi pembentuka­n jawatankua­sa pelaksana program itu.
ABIDIN ( duduk, tengah) semasa mempengeru­sikan mesyuarat kedua bagi pembentuka­n jawatankua­sa pelaksana program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia