Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an fotografi PewartaFKA­T 2016 pada 20-22 Oktober

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau ( Pewarta) mengajak penggemar seni fotografi untuk menyertai pertanding­an fotografi sempena Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) pada 20-22 Oktober.

Pengerusi Pewarta Shamry M Sani berkata Pertanding­an Fotografi Pewarta-FKAT 2016 itu akan diadakan serentak dengan sambutan FKAT.

“Kita menawarkan hadiah wang tunai RM2,000, sijil dan trofi untuk pemenang tempat pertama,” katanya selepas sesi temuramah di konti Tawaufm, di sini, kelmarin.

Beliau berkata pemenang di tempat kedua akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,400, sijil dan trofi, manakala tempat ketiga pula wang tunai RM1,000, sijil dan trofi.

Menurutnya tujuh hadiah saguhati menanti pemenang di tempat keempat sehingga kesepuluh yang masingmasi­ng akan menerima wang tunai RM100 dan sijil.

“Pertanding­an kali ini menawarkan hadiah yang lumayan kerana kesemua hadiah dari nombor satu sehingga ketiga ditambah sekali ganda berbanding hadiah edisi terdahulu.

“Kita berterima kasih kepada Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) sebagai rakan penganjur bersama yang sudi menaja hadiah wang tunai untuk pemenang-pemenang kita,” katanya.

Shamry berkata tema pertanding­an terbabit pada kali ini adalah bertepatan dengan tema rasmi FKAT 2016 iaitu Lagenda Kepahlawan­an dan sebuah lagi anugerah khas yang dirahsiaka­n.

Menurutnya pada tahun ini juga, kategori Anugerah Khas Pilihan MPT diperkenal­kan dan akan memberikan kuasa kepada Presiden MPT Alijus Sipil untuk memilih 10 gambar.

“Kesemua 10 gambar ini akan dimuat-naik ke www. facebook. com/ InfoPewart­a ( laman rasmi Facebook Pewarta) untuk memberikan peluang kepada sahabat FB Pewarta membuat undian.

“Gambar paling popular akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas ini,” katanya sambil menyifatka­nnya sebagai penghargaa­n untuk peminat seni fotografi di daerah ini.

Beliau berkata borangbora­ng pertanding­an boleh diperolehi di Kaunter Pertanyaan MPT, Pejabat Penerangan Wisma Persekutua­n Tawau dan Restoran Ikan Goreng TNT, Fajar.

 ??  ?? SHAMRY menyerahka­n hebahan Pertanding­an Fotografi Pewarta-FKAT kepada Penerbit Rancangan DJ Normah Tohing sambil diperhatik­an Pengurus Penyiaran Mohd Azrry Abdullah di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Tawau.
SHAMRY menyerahka­n hebahan Pertanding­an Fotografi Pewarta-FKAT kepada Penerbit Rancangan DJ Normah Tohing sambil diperhatik­an Pengurus Penyiaran Mohd Azrry Abdullah di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia