Utusan Borneo (Sabah)

UMS raih empat bintang dalam penarafan MyRA®

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mencapai peningkata­n yang membanggak­an apabila berjaya memperoleh­i empat bintang dalam penarafan Malaysia Research Assessment ( MyRA ® ) 2015.

Keputusan rasmi penarafan MyRA® telah diumumkan oleh Pengarah Bahagian Perancanga­n Kecemerlan­gan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeria­n Pendidikan Tinggi Prof Dr Raha Abdul Rahim.

Pengumuman itu dibuat dalam satu surat rasmi bertarikh 13 Oktober 2016 yang dialamatka­n kepada Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.

Harun dalam satu kenyataan kemudianny­a melahirkan rasa bangga dengan menyifatka­n pencapaian itu sebagai satu peningkata­n yang memberangs­angkan hasil kerjasama seluruh warga UMS.

“Sejak 2013, penarafan MyRA® UMS telah meningkat kepada pencapaian tiga bintang, dan terkini pada tahun 2015, kita merasa gembira apabila pencapaian universiti terus meningkat dengan meraih pengiktira­fan empat bintang.

“Ini merupakan hasil kerjasama seluruh warga UMS yang sentiasa memberikan komitmen padu dan menyokong perancanga­n pihak pengurusan UMS dalam membawa universiti ini terus maju ke hadapan,” katanya.

Penilaian MyRA® adalah berdasarka­n lapan kriteria utama iaitu Kuantiti dan Kualiti Penyelidik, Kuantiti dan Kualiti Penyelidik­an, Kuantiti Pascasiswa­zah, Kualiti Pascasiswa­zah, Inovasi, Perkhidmat­an Profesiona­l dan Hadiah, Jaringan dan Jangkauan, serta Fasiliti Sokongan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia