Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh lelaki dihukum penjara dan denda

Tangkap ikan guna bahan letupan

-

KOTA KINABALU: Tujuh lelaki warga asing dikenakan penjara dan denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan memiliki dan menangkap pelbagai jenis ikan menggunaka­n bahan letupan.

HakimAinul­MohdShahri­n menjatuhka­n hukuman itu terhadap semua tertuduh, selepas kertas pertuduhan dibacakan dan mengaku bersalah.

Suharto Pain, 48, Hasim Basilio, 27, Mohammad Utunain, 26, Mukramin Roslan, 26, Taib Kadir, 28, Danibol Jurahim, 35 masing-masing dikenakan penjara setahun dan denda RM20,000 atau penjara 12 bulan.

Manakala Imran Roslan, 18, dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau gagal bayar penjara enam bulan.

Mereka didapati membawa dan memiliki pelbagai jenis ikan basah seberat 400kg, yang disyaki ditangkap menggunaka­n bahan letupan.

Kesalahan dilakukan pada 10 Oktober tahun ini jam 11.30 malam, di perairan Pulau Gaya, di sini.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985 (Akta 317) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (b) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tempoh dua tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada hari sama, pegawai Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia, menahan sebuah bot nelayan di perairan Pulau Gaya, di sini.

Selepas diperiksa, bot berkenaan didapati membawa dan memiliki pelbagai jenis ikan yang disyaki ditangkap menggunaka­n bahan letupan.

Pendakwaan dilakukan olehTimbal­anPendakwa­raya Nurul Hafizah Muhammad Iyed Atim.

 ??  ?? SEMUA tertuduh menuruni tangga selepas prosiding kelmarin.
SEMUA tertuduh menuruni tangga selepas prosiding kelmarin.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia