Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Semarak Bahasa pupuk daya fikir kreatif

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Penganjura­n Karnival Semarak Bahasa amat bermakna khususnya kepada generasi muda agar mempunyai daya fikir yang kreatif dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata soal bahasa, ilmu dan budaya merupakan aspek yang sama penting dengan bidang lain seperti politik, ekonomi dan keselamata­n.

Sejarah juga jelasnya, telah menunjukka­n bahawa sesuatu tamadun hanya muncul dengan adanya gabungan antara bahasa, budaya dan ilmu yang diadunkan bersama nilai kesejagata­n dan sistem nilai yang utuh.

“Diharapkan agar perkembang­an yang telah dilalui itu dijadikan contoh dan cabaran kepada ahli ilmu kita pada zaman ini khususnya di Tawau dalam menyemarak­kan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Justeru, saya ingin mengajak masyarakat agar dapat bersama Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) serta agensi kerajaan yang lain dalam membina tradisi keilmuan khususnya melalui bidang kebahasaan dan persuratan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 Karnival Semarak Bahasa 2016 di Dewan Masyarakat Tawau baru- baru ini, di sini.

Dalam pada itu, Nizam juga mahu masyarakat dapat membina persepsi baharu terhadap kepentinga­n dan fungsi bahasa serta sastera yang dilihat sebagai wacana dan wahana pengembang­an literasi budaya dan intelektua­l.

 ??  ?? NIZAM bergambar bersama penganjur semasa program itu.
NIZAM bergambar bersama penganjur semasa program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia