Utusan Borneo (Sabah)

Jhewa anjur Persidanga­n Wanita Berwibawa hari ini

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita ( Jhewa) Sabah akan mengadakan Persidanga­n Wanita Berwibawa 2016 di ibu negeri, hari ini.

Pengarahny­a Masnah Matsalleh berkata persidanga­n itu akan dihadiri Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) Datin Seri Panglima Faridah Tusin.

Beliau ditemui media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Faridah yang juga isteri kepada Ketua Menteri Sabah di Rumah Bakisa, di sini, Isnin lepas.

Selain menjemput Faridah, kunjungan itu juga bertujuan memperkena­lkan para pegawai jabatan berkenaan serta pegawai kanan wanita dalam perkhidmat­an awam yang bakal menerajui kementeria­n dan jabatan Kerajaan Negeri.

Turut membuat kunjungan hormat, Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Pewanis) yang bertujuan mengeratka­n semangat muhibah serta menjemput Faridah sebagai tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Ulangtahun Ke10 persatuan itu, pada 11 November depan.

Rombongan seramai 15 orang itu diketuai Pengerusin­ya yang juga Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

Terdahulu, Ketua Biro Kebajikan Bakisa Datin Angeline Tom bersama tujuh ahli jawatankua­sanya mengadakan mesyuarat Bil.1/2016 di lokasi sama.

Menurut Angeline, mesyuarati­tubagimera­ncang program serta aktiviti yang akan dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun iaitu 2016 hingga 2018.

 ??  ?? MASNAH (dua dari kiri) mengatakan sesuatu kepada Faridah (tiga dari kiri) semasa kunjungan hormat Jhewa.
MASNAH (dua dari kiri) mengatakan sesuatu kepada Faridah (tiga dari kiri) semasa kunjungan hormat Jhewa.
 ??  ?? ANGELINE (tengah, depan) bersama ahli jawatankua­sa Biro Kebajikan Bakisa.
ANGELINE (tengah, depan) bersama ahli jawatankua­sa Biro Kebajikan Bakisa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia