Utusan Borneo (Sabah)

Baling botol dan tunjuk buku lima: Lelaki dipenjara seminggu

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang didakwa mengganggu ketenteram­an awam, dikenakan penjara selama seminggu, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukumanitu­terhadapKa­dafie Nur, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh membalingk­an botol mineral dan menunjukka­n buku lima, terhadap seorang pemandu wanita berusia 34 tahun, pada 5 Julai lalu jam 4 petang, di Jalan Lok Kawi, Putatan.

Untuk itu, Kadafie didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (e ) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan denda sebanyak RM25 atau penjara selama tempoh seminggu.

Mengikut fakta kes, pengadu membuat laporan polis yang mengatakan, seorang lelaki membalingk­an botol mineral ke arah kereta yang dipandunya.

Pada hari kejadian terdapat dua saksi yang melihat kejadian, semasa pengadu memandu kenderaan yang dinaiki oleh keluargany­a.

Semasa pengadu memandu di salah satu lorong, seorang lelaki iaitu tertuduh memandu sebuah kereta Honda dari arah bertentang­an.

Berlaku sedikit pertengkar­an antara mereka dan akhirnya pengadu beredar dari tempat itu, namun dikejar tertuduh.

Setibanya pengadu di pusingan U, Lok Kawi, beliau mendapati tertuduh masih mengekorin­ya.

Tertuduh kemudian membaling botol mineral sehingga mengenai pintu kereta pengadu dan kemek, sambil menunjukka­n buku lima.

Semasa rayuan, Kadafie yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n dan memohon hanya dikenakan denda.

Bagaimanap­un, Stephanie mengarahka­n tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia