Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa tipu pembelian kenderaan

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini kelmarin, menetapkan pada 24 November depan sebagai pengurusan kes terhadap seorang lelaki, yang didakwa menipu berhubung pembelian kenderaan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu terhadap Haris Subri, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menipu seorang lelaki bahawa boleh menguruska­n jual beli sebuah kereta terpakai dari Jabatan Kastam.

Akibat percaya dengan tertuduh, mendorongm­angsa menyerahka­n wang sebanyak RM19,075 kepadanya, pada 7 Jun 2007 di Likas Square, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarka­n Haris diberikan ikat jamin sebanyak RM12,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, sementara menunggu kes berkenaan selesai.

Sementara itu, seorang jurutera dibebaskan tanpa dilepaskan oleh mahkamah, atas tiga pertuduhan menipu melibatkan pemasangan paip gas mesin dobi.

Mahkamah membuat keputusan itu terhadap Salleh Dualin, 34, setelah Pegawai Pendakwa Insp Azaman Hamat memberitah­u, pengadu dalam kes terbabit sudah menarik kembali laporan polis yang dilakukan.

Tertuduh didakwa menipu mangsa yang berusia 34 tahun, untuk membuat pemasangan paip gas di dalam syarikat mangsa.

Akibat terperdaya, mangsa masing- masing menyerahka­n wang sebanyak RM1,500, RM855.75 dan RM1,500 kepada tertuduh, sebagai bayaran deposit.

Ketiga- tiga kesalahan dilakukan pada 2,3 dan 12 Mac tahun ini antara jam 9.30 pagi hingga jam 8.30 malam, di premis Yoyo, Jalan Lintas dan Inanam Central, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia