Utusan Borneo (Sabah)

Mencederak­an: Kes disebut semula 14 Nov

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas pertuduhan mencederak­an seorang lelaki.

Oleh itu, Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 14 November depan sebagai sebutan semula kes terhadap Suhaili Akmat, 27.

Keputusan itu dilakukan terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, sementara menunggu laporan perubatan disediakan.

Sekiranya disabitkan bersalah atas pertuduhan itu, boleh dikenakan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh mencederak­an seorang pemegang pasport berusia 47 tahun, pada 4 Oktober tahun ini jam 12.30 tengah hari, di sebuah restoran, Sembulan, di sini.

Sementara menunggu kes terbabit selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Dalam kes berasingan, tiga lagi lelaki dikenakan hukuman penjara, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana memiliki dadah.

Hassan Sari dan Firman Arbi masing- masing dikenakan penjara lapan bulan, manakala Aliudin Nonong dikenakan penjara sepulun bulan.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu 3 hingga 15 Ogos tahun ini di Putatan dan Sadong Jaya, di sini.

Aliudin, Hassan dan Firman masing-masing didapati berada dalam milikan mereka syabu seberat 0.22 gram, 0.06 gram dan 0.09 gram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia