Utusan Borneo (Sabah)

Pelihara khazanah warisan masyarakat

Maklumkan kepada muzium jika temui tapak bersejarah dan barangan antik

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Masyarakat di negeri ini disaran agar menghargai khazanah warisan sedia ada serta maklumkan kepada pihak Muzium Sabah sekiranya terdapat penemuan tapak bersejarah atau barangan antik yang berkaitan dengan budaya masyarakat.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata usaha itu dilihat akan membantu pihak muzium untuk memelihara seni warisan masyarakat setempat.

Katanya bagi pihak Jabatan Muzium Sabah, mereka berperanan untuk terus memelihara, memulihara serta melestarik­an warisan budaya dan sejarah negeri untuk dipersemba­hkan kepada masyarakat dalam bentuk pameran.

“Khazanah adalah aset penting negeri ini yang dapat kita bangunkan untuk menarik kehadiran pelancong supaya berkunjung ke Sabah.

“Oleh itu, saya berharap agar syarikat pelanconga­n dan Muzium Sabah akan sentiasa bekerjasam­a untuk memastikan industri pelanconga­n di negeri ini berdaya saing,” katanya dalam teks ucapan sempena Majlis Perasmian Pameran Khas ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ sempena perayaan Harijadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, di Muzium Tamadun Islam, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi.

Masidi berkata kehadiran pelancong bukan hanya memberi pulangan pendapatan kepada penggiat dalam industri pelanconga­n tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat untuk mempromosi­kan pelbagai produk tempatan seperti makanan tradisi dan budaya setiap etnik yang ada di Sabah.

Dalam pada itu, beliau juga menyaranka­n masyarakat supaya memelihara dengan rapi bahan atau catatan sejarah yang dimiliki kerana ia adalah bukti keunggulan tamadun sesuatu bangsa.

Katanya sejarah juga penting dalam menentukan jati diri dan kelangsung­an kuasa politik sesuatu bangsa serta menjadi pemangkin kepada perubahan sesuatu bangsa. Atas sebab itulah, muzium diwujudkan sebagai tempat memulihara sejarah dan warisan setiap golongan masyarakat di dunia ini.

Mengenai pameran itu, Masidi berkata ia adalah pameran kedua dibuat di Muzium Tamadun Islam Sabah dan tahun ini, temanya adalah ‘Program dan aktiviti kemasyarak­atan Tuan Yang Terutama’.

Dalam pameran itu, diperlihat­kan program dan aktiviti yang dihadiri Yang Dipertua Negeri seperti Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, majlis bersama anak yatim serta pelbagai program lain.

 ??  ?? KAMARLIN Juhar. (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada
KAMARLIN Juhar. (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada
 ??  ?? JUHAR memukul gendang sebanyak lima kali sebagai simbolik perasmian Pameran Khas Dirgahayu Tuan Yang Terutama di Muzium Tamadun Islam, turut kelihatan isterinya, Toh Puan Norlidah RM Jasni (kanan) dan Kamarlin (kiri).
JUHAR memukul gendang sebanyak lima kali sebagai simbolik perasmian Pameran Khas Dirgahayu Tuan Yang Terutama di Muzium Tamadun Islam, turut kelihatan isterinya, Toh Puan Norlidah RM Jasni (kanan) dan Kamarlin (kiri).
 ??  ?? KAMARLIN (kiri) mengiringi Juhar semasa melawat ruang Pameran Khas sempena perayaan Harijadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, di Muzium Tamadun Islam.
KAMARLIN (kiri) mengiringi Juhar semasa melawat ruang Pameran Khas sempena perayaan Harijadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, di Muzium Tamadun Islam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia