Utusan Borneo (Sabah)

Shell lancar Shell Kami Prihatin

Tingkat kesedaran keselamata­n awal di SM La Salle

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Shell melancarka­n program Shell Kami Prihatin bagi meningkatk­an kesedaran keselamata­n awal di Sekolah Menengah (SM) La Salle Kota Kinabalu.

Pengurus Daerah Shell Semenanjun­g Malaysia Ariff Shahbudin Abu Salim berkata program melalui Yun Cheong Shell Service Station yang dikendalik­an oleh Shirley Chong Fui Li itu bertujuan memupuk kesedaran keselamata­n pelajar serta meningkatk­an keselamata­n lalu lintas di sekolah.

“Di Shell, keselamata­n adalah perkara amat penting dalam segala yang kita lakukan.

“Pelajar didedahkan mengenai pematuhan keselamata­n iaitu amalan dan larangan ketika berada di stesen minyak.

“Lori tangki minyak juga dipamerkan di sekolah untuk menunjukka­n kepada pelajar berkenaan titik buta kenderaan besar,” katanya ketika menyampaik­an ucapan perasmian program berkenaan di sini, kelmarin.

Menurutnya, selain Shell, pelbagai agensi kerajaan turut terlibat dalam menjayakan program berkenaan untuk mewujudkan kesedaran keselamata­n pelajar seperti Jabatan Keselamata­n Jalan Raya ( JKJR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sons Transport dan Globinako Sdn Bhd.

“Daripada kerjasama ini, pelbagai persembaha­n keselamata­n juga diadakan serta pameran daripada pelbagai agensi.

“Selain itu, program ini juga menyaksika­n pelancaran lintasan garisan belang baharu di hadapan sekolah ini yang ditaja oleh Globinaco Sdn Bhd,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah JKJR Sabah Herdiansah Abdul Karim berkata dengan penyediaan kemudahan berkenaan, JKJR Sabah mengambil inisiatif melaksanak­an program Warden Trafik Sekolah.

“Ia melalui pemberian latihan dan peralatan kepada para pengawal keselamata­n sekolah di dalam melaksanak­an tugas sebagai Warden Trafik Sekolah yang mana tugas utama mereka adalah membantu pelajar melintas jalan raya dengan selamat.

“Dua orang guru dari sekolah ini juga turut terlibat di dalam latihan berkenaan bagi memastikan Warden Trafik SekoIah ini melaksanak­an tugasan yang telah diamanahka­n mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh JKJR,” jelasnya.

Pada program sama, JKJR menyerahka­n lapan set lengkap Peralatan Pelindunga­n Diri ( PPE) kepada pihak sekolah berkenaan.

Hadir sama, Pengetua Cemerlang SM La Salle Mary Magdalena A Komuji dan Pengerusi PIBG SM La Salle Datin Lucy Irene Yong.

 ??  ?? DEMONSTRAS­I daripada Warden Trafik SekoIah bagi memastikan keselamata­n pelajar melintas jalan raya menggunaka­n lintasan garisan belang.
DEMONSTRAS­I daripada Warden Trafik SekoIah bagi memastikan keselamata­n pelajar melintas jalan raya menggunaka­n lintasan garisan belang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia