Utusan Borneo (Sabah)

Kenakan tindakan tegas terhadap pengebom ikan

-

BONGAWAN: Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) perlu mengenakan tindakan tegas terhadap nelayan menggunaka­n bahan letupan di perairan negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan Datuk Mohammad Alamin berkata kegiatan mengebom ikan itu bukan sahaja menjejaska­n sumber pendapatan nelayan, tetapi turut memusnahka­n terumbu karang yang menjadi habitat hidupan marin.

“Kegiatan mengebom ikan dilakukan oleh para nelayan yang tidak bertanggun­gjawab dan ini akan menjejaska­n sumber pendapatan nelayan serta memusnahka­n habitat hidupan marin.

“Kita sangat kesal dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggun­gjawab ini terutama di kawasan perairan sekitar Bongawan dan Selat Kimanis.

“Justeru, kita berharap agensi berkaitan seperti Mohammad dan Jabatan Perikanan mengenakan tindakan undang- undang terhadap pengebom ikan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sahabat Maritim di Dewan Kampung Seri Serbang Bongawan, baru-baru ini.

Beliau yang juga presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Mheans) turut mengalu-alukan usaha agensi terbabit memperting­kat aspek keselamata­n menerusi kerjasama dengan komuniti nelayan.

Sementara itu, Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu (DM15) Laksmana Maritim Pertama Adam Aziz dalam ucapannya menggesa masyarakat agar segera menyalurka­n maklumat kepada pihaknya mengenai sebarang kegiatan yang mencurigak­an di kawasan masing-masing.

Menurut Adam Maritim Malaysia juga bertanggun­gjawab memastikan keselamata­n dan melindungi kepentinga­n komuniti nelayan sekitarnya.

Pada majlis itu, Mohammad turut merasmikan jeti nelayan yang dibina oleh Maritim Malaysia untuk kemudahan masyarakat nelayan kampung berkenaan.

Maritim Malaysia menyumbang­kan 30 jaket keselamata­n, di samping mengadakan ceramah keselamata­n, perlawanan tarik tali antara anggota maritim dan penduduk kampung, sukaneka, pertanding­an mewarna kanak- kanak dan cabutan pengunjung bertuah.

Program selama dua hari itu adalah anjuran Maritim Malaysia bersama Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) Petronas Kimanis yang disertai agensi berunifom seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Turut hadir, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat PPM Bongawan Mohd Saidin Haji Ibrahim dan Ketua Kampung Rahman Yusuf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia