Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pandang serius isu salah guna kelayakan akademik

-

NILAI: Kerajaan memandang serius isu penyalahgu­naan kelayakan akademik dan akan mengeluark­an garis panduan mengenainy­a yang kini dalam proses perbincang­an.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata garis panduan berkenaan bukan sahaja untuk pengajian profesiona­l seperti doktor falsafah, tetapi juga akan merangkumi ijazah dan sarjana.

“Pihak kementeria­n baru mesyuarat semalam, beri kami sedikit masa, saya cakap bagi kami sebulan, kami akan keluarkan garis panduan.

Kita akan lihat keseluruha­nnya dan akan lihat cara mana yang berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Sejagat Arab-Asian ( AAGHES) 2016, di sini kelmarin.

Idris berkata pihak kementeria­n sedang berbincang dengan Majlis Professor Negara dan pihak universiti bagi mencari cara yang terbaik menangani isu ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Universiti­universiti Arab (AArU), Sultan Abu Orabi berkata wakil-wakil daripada universiti-universiti di Arab datang ke Malaysia untuk berbincang mengenai kerjasama akademik antara mereka dengan universiti­universiti di negara ini.

“Kami datang ke sini untuk belajar daripada anda dan untuk bertukar pengetahua­n dan mengadakan kerjasama yang lebih dalam akreditasi, jaminan kualiti dan pergerakan pelajar daripada kedua-dua pihak.

Kami berharap lebih banyak lagi pertukaran anggota fakulti dan staf untuk kedua- dua pihak,” katanya.

Seminar tiga hari yang bermula Isnin menyaksika­n penyertaan seramai 60 presiden, naib canselor dan pengurusan kanan universiti dari negara Asia dan Arab.Bernama

 ??  ?? MENTERI Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menerima cenderahat­i daripada Setiausaha Agung Associatio­n of Arab Universiti­es Prof Sultan Abu Orabi Al-Adwan sempena majlis perasmian Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Sejagat Arab-Asian (AAGHES) 2016...
MENTERI Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menerima cenderahat­i daripada Setiausaha Agung Associatio­n of Arab Universiti­es Prof Sultan Abu Orabi Al-Adwan sempena majlis perasmian Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Sejagat Arab-Asian (AAGHES) 2016...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia