Utusan Borneo (Sabah)

Inovasi sumbang kepada ekonomi negara

-

KUALA LUMPUR: Malaysia harus mencontohi negara maju dalam mencapai tahap teknologi terbaik menerusi ciptaan baharu dan inovasi yang akan menyumbang kepada kadar pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata sebagai contoh, Sweden yang mempunyai penduduk 9.9 juta orang mencatatka­n KDNK bernilai US$ 492.62 bilion (US$1=RM4.20).

“Selain itu, Sweden juga negara yang berjaya melahirkan rakyat berinovasi tinggi yang memenangi Hadiah Nobel... dan apa yang lebih menarik ialah 52 peratus sumber tenaga negara itu dihasilkan menerusi sumber tenaga baharu,” katanya.

Beliau memberitah­u pemberita demikian selepas menutup pameran Anugerah Inovasi Negara 2016 selama dua hari mulai semalam di Nu Sentral di sini, kelmarin.

Selain Sweden, katanya, Korea Selatan yang tidak kaya dengan sumber semulajadi mempunyai rakyat yang kreatif sehingga mampu mencipta pelbagai produk inovasi baharu dan memberi sumbangan kepada ekonomi negara mereka.

“Malaysia mampu maju seperti Sweden dan Korea Selatan dalam sektor teknologi dengan sentiasa menghasilk­an produk inovosi baharu dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Madius berkata dua kategori tambahan diperkenal­kan dalam Anugerah Inovasi Negara tahun ini iaitu kategori Anugerah Media Cetak dan Media Elektronik.

“Kategori baharu ini bertujuan memberi penghargaa­n kepada pengamal media yang membantu kementeria­n mempromosi agenda sains, teknologi dan inovasi negara,” katanya.

Majlis penyampaia­n Anugerah Inovasi Negara 2016 dijadual berlangsun­g hari ini.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia