Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan pembuli digantung sekolah setahun perlu perbincang­an mendalam

-

KUALA LUMPUR: Cadangan menggantun­g persekolah­an selama setahun terhadap pembuli memerlukan perbincang­an mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata pihak berkaitan termasuk wakil kanakkanak, ibu bapa dan badan bukan kerajaan perlu duduk berbincang mengenai cadangan itu bagi mencari penyelesai­an terbaik.

Beliau berkata tindakan menggantun­g persekolah­an pelajar selama setahun tidak semestinya akan memperbaik­i keadaan dan mungkin terdapat kaedah lain bagi menyelesai­kan masalah buli di sekolah secara keseluruha­n.

“Tindakan memang perlu diambil kerana kita tidak boleh membenarka­n anakanak kita di Malaysia ini menjadi pembuli, namun perbincang­an secara serius perlu dibuat supaya tindakan dan situasi menang-menang dapat dicapai,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, kelmarin.

Katanya sebarang tindakan juga perlu berlandask­an undang- undang mengikut Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.

Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementeria­nnya bercadang agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolah­an mereka selama setahun sebagai pengajaran kepada pelajar.

Mahdzir berkata selama tempoh penggantun­gan, pelajar akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia