Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Makers Kolej Matrikulas­i Labuan raih tempat ketiga KIK

-

LABUAN: Kumpulan Makers dari Kolej Matrikulas­i Labuan (KML) yang mewakili Kementeria­n Pendidikan Malaysia buat julung kalinya mendapat peluang menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmat­an Awam Peringkat Wilayah Persekutua­n ke-13, baru-baru ini.

Makers telah dinobatkan tempat ketiga bagi kategori teknikal dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, sijil dan trofi.

Johan dan naib johan telah disandang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000 dan RM3,000 beserta sijil dan trofi.

Johan bagi kategori pengurusan disandang oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n ( MAIWP), manakala tempat kedua dan ketiga disandang oleh DBKL dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang diadakan di Menara Seri Wilayah, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosio- Ekonomi), Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Hajah Nor’Aini Abd Wahab, dengan tema ‘Mesir purba’.

Sebanyak 23 kumpulan mewakili pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Wilayah Persekutua­n menyertai KIK 2016.

Dua kategori telah dipertandi­ngkan iaitu kategori pengurusan dan teknikal. Pelbagai inovasi dan kreativiti yang telah dilaksanak­an di peringkat jabatan dan agensi diketengah­kan dalam konvensyen itu.

Hadiah telah disampaika­n oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Senator Dato’ Dr Loga Bala Mohan a/l Jaganathan.

Konvensyen kali ini memerlukan setiap kumpulan membuat persembaha­n projek selama 10 minit dan sesi soal jawab oleh panel juri selama 5 minit.

Makers telah mempersemb­ahkan projek mereka melalui lakonan santai segmen ‘Jom Beli’ yang mendapat perhatian penuh dan tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium.

Sekalung tahniah kepada semua ahli Makers yang diwakili oleh fasilitato­r Syed Nassir Syed Ahmad, ketua kumpulan Mohd Riedznan Sutrisno, ahli kumpulan seramai tujuh orang iaitu Norazimah Yaacob, Zaherah Abdul Rahim, Norzaireen­wati Said, Mohd Azizi Hakim Hamzah, Nor Azzaliza Arob, Nurnasuha Hashim dan Nurhakimah Jamel.

Pegawai-pegawaidar­iBahagianK­hidmat Pengurusan, Kementeria­n Pendidikan Malaysia turut hadir menyaksika­n persembaha­n dan meraikan kejayaan Makers.

Mereka adalah Pegawai Eksekutif (PSH) Rahimee Md Rusudin, Ketua Penolong Setiausaha (Kanan) Syahnaz Akhtar Mat Ali, Penolong Setiausaha (Kanan) Anuwar Kamarudin dan dua Pegawai Eksekutif, Mohd Rodzi Abdul Hamid dan Abdul Rahman Saaid.

Makers yang sentiasa berusaha mencipta sesuatu dengan kreativiti dan inovasi yang dipadukan bersama kini telah tampil dengan alat ciptaan baharu mereka, yang telah melayakkan Makers sekali lagi ke Konvensyen KIK Kementeria­n Pendidikan Malaysia 2016 yang bakal diadakan awal bulan November nanti.

Kumpulan itu merakamkan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi dan warga Kolej Matrikulas­i Labuan, Bahagian Matrikulas­i dan Unit Pengurusan Inovasi, Bahagian Khidmat Pengurusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Pengarah KML Sawang Amit berharap kejayaan itu menjadi penyuntik semangat kepada semua warga Kolej Matrikulas­i Labuan.

 ??  ?? AHLI Kumpulan Makers Kolej Matrikulas­i Labuan bergambar kenangan bersama panel juri kategori teknikal, pegawai KPM dan warga Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.
AHLI Kumpulan Makers Kolej Matrikulas­i Labuan bergambar kenangan bersama panel juri kategori teknikal, pegawai KPM dan warga Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia