Utusan Borneo (Sabah)

SM Sains Labuan muncul naib johan Anugerah Hijau 2016

-

LABUAN: Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) muncul naib johan pada Pertanding­an 8th Anugerah Hijau 2016

yang diadakan White Box Publika, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, SM Sains Labuan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Johan disandang SMK Ayer Keroh, Melaka manakalate­mpatketiga­SMK Teluk Kerang, Johor.

SM Sains Labuan yang diwakili empat pelajar Tingkatan Empat, Mohd Norman Bakri, Noor Emylia Fasha Baharudin, Imran Mohd Sofian dan Khusairi Awang Taib bersama guru pengiring Nuryati Nusu turut memenangi hadiah menarik termasuk dana DRe1M dan yang paling penting dinobatkan sebagai Sekolah Hijau di Malaysia untuk tahun ini.

Tiga aspek dinilai iaitu pertanian, penjimatan tenaga dan kitar semula.

Markah 30 peratus untuk laporan yang dihantar pada 7 Oktober 2016, 70 peratus pembentang­an projek dan soal jawab pada 16 Oktober 2016.

Sebanyak 10 sekolah layak ke peringkat akhir selepas saringan peringkat pertama pada pertanding­an yang dianjurkan EcoKnights.

Sekolah yang bertanding di peringkat akhir ialah SMK Ayer Keroh, Melaka; SMK Bandar Tasik Kesuma, Selangor; SMK Datuk Bahaman, Pahang; SMK Seri Semantan, Pahang; dan SMK Seri Aman, Selangor.

Selain itu, SMK Telok Kerang, Johor; SMK Tunku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan; SM Sains Labuan; SM Sains Setiu, Terengganu; dan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengetua SM Sains Labuan Haji Mahamad Shukri Said mengucapka­n tahniah atas kejayaan pelajar sekolah berkenaan.

Beliau berharap kejayaan itu akan terus menyuntik semangat pelajar untuk menempa pelbagai kejayaan yangcemerl­angdalambi­dang akademik dan kokurikulu­m pada masa akan datang.

 ??  ?? PELAJAR SM Sains Labuan meraikan kejayaan menduduki tempat kedua Anugerah Hijau 2016. Turut kelihatan guru pengiring, Nuryati Nusu (dua kiri).
PELAJAR SM Sains Labuan meraikan kejayaan menduduki tempat kedua Anugerah Hijau 2016. Turut kelihatan guru pengiring, Nuryati Nusu (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia