Utusan Borneo (Sabah)

Nyaris dibaham jerung, penyelam tidak serik

-

Seorang penyelam yang menjadi sensasi video viral, yang ditonton lebih 15 juta kali dalam YouTube, selepas dia nyaris dibaham seekor ikan jerung putih besar, berkata pemangsa utama di lautan itu adalah cantik.

Chan Ming menyertai satu ekspedisi melihat jerung di perairan pantai Mexico ketika haiwan itu memasuki sangkar besi yang melindungi­nya.

Walaupun memiliki reputasi yang menggerunk­an, ikan jerung biasanya tidak memakan manusia, dan perlu ditarik dengan umpan.

Jerung itu menyambar umpan dan merempuh sangkar

SHANGHAI:

yang sebahagian­nya patah.

Selepas ia tidak dapat berenang ke belakang, ia meluru ke hadapan di dalam sangkar di mana Chan bersendiri­an.

Eksekutif pengiklana­n dan pengajar selam sambilan itu memberitah­u kelmarin bahawa dia cuba sedaya upaya untuk terus bertenang kerana jika beliau panik, ‘keadaan pasti sangat dahsyat di dalam sana’.

“Apabila jerung putih yang besar itu memecah masuk ke dalam sangkar, bahagian dalam mulutnya tersangkut dalam sangkar dan pada saat itu saya berfikir ‘Hei, jangan fikir hendak masuk ke dalam sini’,” katanya.

Video berkenaan seakanakan menunjukka­n ikan jerung itu berdarah ketika ia berusaha untuk keluar dari kandang menerusi lubang di atas sangkar yang dibuka oleh seorang anggota kru.

Masa menakutkan selama 20 saat berlalu sebelum Chan, yang berasal dari Hong Kong tetapi tinggal di Shanghai, muncul dengan selamat.

Insiden menakutkan itu langsung tidak memudarkan minat Chan terhadap ikan jerung putih besar itu dan dia kembali ke dalam air keesokan harinya.

“Anda tahu dalam bahasa Cina, kami kata ‘Tempat anda jatuh adalah tempat di mana anda perlu berdiri’,” kata lelaki berusia 51 tahun itu.

“Saya masih fikir jerung itu, jerung putih besar, begitu cantik dan comel.”

Dalam kenyataan syarikat yang dipaparkan dalam Facebook, operator Solmar V Luxury Live-Aboard berkata, jerung itu tidak mengalami kecederaan serius.

“Penceroboh­an jerung sebesar ini adalah satu kejadian yang berlaku sekali dalam sejuta,” kata syarikat yang menegaskan sangkarnya sudah diperkukuh dan umpan akan dilontar lebih jauh lagi pada masa depan. — AFP

 ??  ?? CHAN menonton video viral tersebut pada komputerny­a di Shanghai, semalam. —
CHAN menonton video viral tersebut pada komputerny­a di Shanghai, semalam. —
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia