Utusan Borneo (Sabah)

Penyerang Zimmerman kena 20 tahun

-

Seorang lelaki yang menembak George Zimmerman, bekas anggota rukun tetangga di Florida yang membunuh remaja kulit hitam Trayvon Martin, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kelmarin, kata pegawai.

Matthew Apperson dijatuhi hukuman wajib minimum kerana menggunaka­n senjata api dalam insiden itu, menurut Michelle Kennedy, jurucakap Sirkit Kehakiman Ke- 18 daerah Broward dan Seminole di Florida.

Apperson, 37, didapati bersalah atas tuduhan cuba melakukan pembunuhan dengan senjata api, dengan melepaskan tembakan ke dalam kenderaan yang ada penumpang, serta serangan yang serius dengan senjata api, bagi serangan yang berlaku pada 11 Mei lalu.

Bekas anggota rukun tetangga itu, sekarang berusia 33 tahun, mendakwa dalam kes Martin, dia bertindak untuk mempertaha­nkan diri tetapi keluarga dan rakan remaja tersebut mendakwa ia adalah satu pembunuhan yang didorong oleh rasisme.

Ibu Zimmerman berasal dari Peru manakala bapanya orang Amerika, namun perbicaraa­nnya di Florida dan pembebasan­nya telah mendedahka­n jurang dalam antara kaum di Amerika Syarikat, dan protes meletus ekoran kejadian berkenaan.

Ketika dia menjadi anggota rukun tetangga komuniti berpagar di Florida, Zimmerman menembak mati Martin, pelajar sekolah tinggi, yang sedang berjalan pulang selepas membeli teh ais dan gula-gula pada Februari 2012.

Zimmerman menegaskan dia mengekori remaja itu kerana mengesyaki­nya terbabit rompakan, dan dia menembakny­a dengan alasan ‘ untuk mempertaha­nkan diri’. — AFP

MIAMI:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia