Utusan Borneo (Sabah)

Turnbull nafikan dakwaan Amnesty

Kerajaan Australia tegaskan laporan badan pemantau hak asasi itu palsu

-

SYDNEY: Dakwaan Amnesty Internatio­nal bahawa penahanan pencari suaka oleh Australia di Pulau Nauru, Lautan Pasifik, adalah satu bentuk penyeksaan adalah palsu sama sekali, kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull semalam.

Canberra menghantar pencari suaka yang cuba sampai ke Australia dengan menaiki bot ke Nauru dan Pulau Manus di Papua New Guinea (PNG), tetapi keadaan kem telah dikritik dengan meluas oleh aktivis pelarian dan profesiona­l perubatan.

Pencari suaka dihalang daripada ditempatka­n semula di Australia walaupun mereka didapati pelarian.

Amnesty berkata dalam satu laporan kelmarin bahawa pencari suaka dan pelarian di pulau kecil Nauru begitu putus asa sekali dan bergelut dengan ‘ wabak mencederak­an diri’, dan menambah keadaan hidup mereka menepati definisi undang-undang antarabang­sa mengenai penyeksaan.

Namun Turnbull membidas dakwaan itu dan berkata dasar tegas negaranya memastikan orang tidak mati di laut dalam perjalanan bot yang berbahaya.

“Saya menolak dakwaan itu sepenuhnya, ia adalah palsu sama sekali,” katanya kepada radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) mengenai dakwaan Amnesty tentang kekejaman dan pengabaian sistematik di Nauru.

“Komitmen kerajaan Australia (kepada pemprosesa­n pencari suaka di pesisir pantai) atas dasar belas kasihan dan kukuh.

“Mengenai Nauru, terdapat pelaburan yang amat tinggi di sana untuk memper-baiki keadaan mereka,” tambahnya.

Pengarah penyelidik­an kanan Amnesty, Anna Neistat, yang melawat Nauru untuk laporan itu, berkata pertubuhan­nya tidak mencapai kesimpulan ini (mengenai penyeksaan) dengan mudah.

“Ia adalah ciri kerosakan yang berlaku dan hakikat bahawa ia dilakukan secara sengaja dan bersistema­tik dengan tujuan jelas sebagai kaedah pencegahan dan hukuman,” katanya kepada pemberita di Sydney semalam.

Neistat menyelar kerah- siaan yang menyelubun­gi pusat-pusat berkenaan, dan berkata dia terpaksa melawat Nauru secara peribadi selepas permohonan­nya secara rasmi ditolak enam kali.

Canberra pada tahun lepas menyediaka­n peruntukan kerahsiaan untuk menjadikan­nya satu jenayah bagi sesiapa yang bekerja bagi jabatan imigresen, termasuk kontraktor, untuk mendedahka­n maklumat yang mereka perolehi ketika menjalanka­n tugas, yang menurut mengkritik menutup mulut pemberi maklumat.

Seorang bekas pengurus kes di Nauru, Sandra Bartlett, semalam menangis dan berkata dia bimbang sekali mengenai kesan perundanga­n daripada tindakan bersuara, tetapi lebih ramai orang akan mati jika tindakan tidak diambil untuk memindahka­n mereka dari pulau tersebut.

Keriuhan itu berlaku ketika ABC menyiarkan satu siasatan pada malam kelmain yang menunjukka­n nasib kanak-kanak pelarian yang tinggal di Nauru.

Kerajaan Nauru semalam menolak laporan ABC itu sebagai mengaibkan, rasis, palsu dan aktivisme politik semata-mata serta ‘menghina’ rakyat Nauru.

Kemudahan di Nauru dapat menampung lebih 400 lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Lebih 800 pencari suaka lelaki ditahan di Manus, dan Australia pada Ogos lalu bersetuju untuk menutup kem tersebut ekoran keputusan yang dibuat Mahkamah Agung PNG. — AFP

 ??  ?? NEISTAT (kiri) menunjukka­n gambar pencari suaka yang mencederak­an diri akibat tekanan hidup di Nauru semasa mengadakan sidang akhbar di Sydney, semalam. — Gambar AFP
NEISTAT (kiri) menunjukka­n gambar pencari suaka yang mencederak­an diri akibat tekanan hidup di Nauru semasa mengadakan sidang akhbar di Sydney, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia