Utusan Borneo (Sabah)

Pameran ukiran diktator Franco dibantah keras

-

BARCELONA: Perbandara­n Barcelona kelmarin merasmikan satu pameran kontrovers­i mengenai mendiang diktator Sepanyol, Francisco Franco, yang pantas disambut dengan lontaran telur oleh penentang yang marah.

Pameran sementara itu, dipanggil ‘Franco, Kemenangan, Republik, Jenayah Tidak Dihukum dan Ruang Perbandara­n’, memaparkan ukiran dan arca yang diletakkan di lebuh-lebuh Barcelona lebih 40 tahun selepas kematian diktator itu, yang memulakan peralihan negara tersebut kepada demokrasi.

Satu ukiran menggambar­kan Franco tanpa kepala di atas kuda, satu lagi memberi penghormat­an kepada kemenangan anggota tenteranya dalam perang saudara Sepanyol. Kedua- duanya mengundang kemarahan dan telur dalam masa beberapa minit sahaja selepas ia dipamerkan, menurut seorang jurugambar AFP.

Sebuah kumpulan mangsa Franco mengadakan protes senyap sewaktu karya-karya tersebut diperkenal­kan, manakala puak pemisah Catalan melaung “tiada fasis di lebuh kami”.

Namun timbalan datuk bandar Barcelona, Gerardo Pisarello berkata tujuan pameran itu adalah “untuk mengecam jenayah Francoisme dan kesalahan yang tidak dihukum, walaupun dalam demokrasi”.

Nasionalis Catalan mendakwa pameran itu, yang dijadual berakhir pada Januari, memperleke­hkan jenayah pemerintah­an kuku besi Franco, yang bertindak tegas ke atas pemisah wilayah.

Sewaktu peralihann­ya kepada demokrasi, Sepanyol meluluskan undangunda­ng yang memberi pengampuna­n am bagi jenayah yang dilakukan oleh pemerintah­an kuku besi dalam perang saudara Sepanyol pada 1936-39.

Undang- undang pengampuna­n am pada 1977 menghalang Sepanyol daripada menyiasat atau membicarak­an jenayah pada era perang saudara serta pemerintah­an kuku besi haluan kanan Jeneral Franco yang menindas rakyat selepas itu sehingga kematianny­a pada 1975.

Walaupun terdapat satu lagi undang-undang yang mewajibkan penurunan simbol Francois dari tempat awam, ada yang masih kelihatan di kebanyakan perbandara­n. — AFP

 ??  ?? PENUNJUK perasaan menggantun­g Estelada, bendera prokemerde­kaan Catalan, pada ukiran tanpa kepala Franco menunggang kuda, ketika yang lain memaparkan kain rentang tertera kata-kata bermaksud ‘Tiada Franco di Born atau di mana sahaja’, di luar Mercat de...
PENUNJUK perasaan menggantun­g Estelada, bendera prokemerde­kaan Catalan, pada ukiran tanpa kepala Franco menunggang kuda, ketika yang lain memaparkan kain rentang tertera kata-kata bermaksud ‘Tiada Franco di Born atau di mana sahaja’, di luar Mercat de...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia