Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam perlu berintegri­ti dan ikhlas laksana tugas

-

KENINGAU: Penjawat awam negeri dan persekutua­n di Sabah digesa melaksanak­an tugas dengan penuh integriti, ikhlas dan telus.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata penjawat awam perlu mengutamak­an integriti, keikhlasan dan ketelusan kerana ia adalah amanah dalam menjalanka­n tugas untuk kebaikan rakyat.

“Apabila peruntukan diberikan kepada kita, melalui agensi, jabatan dan kementeria­n, kita harus menyalurka­n peruntukan itu kepada sasaran yang telah ditetapkan.

“Dengan itu, apa yang kita rancang dapat kita sasarkan dan paling penting, rakyat mendapat manfaat daripada perancanga­n program atau projek yang telah dirancang.

“Keutamaan kerajaan adalah memastikan rakyat mendapat manafaat hasil daripada projek dan program yang telah dirancang oleh kerajaan negeri dan Persekutua­n.

“Namun, amat malang apabila selaku penjawat awam yang diberi tugas dan amanah untuk dilaksanak­an, tetapi ia tidak dilaksanak­an seperti yang diharapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Mesra Bersama Pemimpin anjuran Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur yang juga Ahli Parlimen Keningau Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, di salah sebuah hotel di sini, malam Isnin.

Musa turut menekankan perjumpaan bersama setiap pegawai daerah, setiausaha tetap dan pengarah penting dalam melaksanak­an tugas dengan betul dan teratur.

Sementara itu, Pairin dalam ucapan aluannya berkata program lawatan seluruh Sabah bertujuan memastikan prestasi pelaksanaa­n program kerajaan berjalan mengikut jadual serta mengikut petunjuk pretasi utama (KPI) sebagai satu landasan pretasi keseluruha­nnya.

Beliau berharap penumpuan kepada bidang pendidikan dan penambahan infrastruk­tur di kawasan pedalaman dapat ditingkatk­an supaya penyertaan daerah-daerah berkenaan sebagai hab pendidikan akan tercapai dalam masa terdekat.

Beliau turut berharap agar impian untuk membawa dan melibatkan pedalaman serta daerah lain dalam pembanguna­n dapat direalisas­ikan demi kemajuan ekonomi rakyat pedalaman.

 ?? (Gambar atas) (Gambar bawah) ?? MUSA bersalam mesra dengan tetamu yang hadir. PAIRIN (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kanan) berbual mesra dengan Musa (tengah).
(Gambar atas) (Gambar bawah) MUSA bersalam mesra dengan tetamu yang hadir. PAIRIN (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kanan) berbual mesra dengan Musa (tengah).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia