Utusan Borneo (Sabah)

Rasionalis­asi tidak akan jejas khidmat sektor awam

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam tidak akan terjejas dalam situasi ekonomi semasa yang kian mencabar walaupun kerajaan perlu menstruktu­rkan semula dan mengurangk­an perbelanja­annya.

Perdana menteri berkata, contohnya, projek pembanguna­n yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas akan dikekalkan demi kebajikan dan kesejahter­aan hidup rakyat.

“Projek infrastruk­tur utama, seperti Kereta Api Berkelajua­n Tinggi ( HSR) ke Singapura, MRT dan LRT, semua diteruskan mengikut jadual.

“Kesemua itu adalah sebahagian masa depan kita, masa depan kesalinghu­bungan berteraska­n rakyat, yang akan memudahkan orang ramai dan generasi akan datang,” katanya semasa pelancaran Laporan Lima Tahun Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), simposium dan pameran di sini, pada Isnin.

Beliau berkata kesalinghu­bungan melalui kereta api bandar, yang dinikmati hari ini, menunjukka­n komitmen dan kesungguha­n kerajaan dalam mengubah industri pengangkut­an awam darat.

Perdana menteri berkata, kerajaan serius dalam mendukung prinsip ‘ Rakyat Didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan’ -keutamaan keperluan rakyat dalam sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam.

Najib berkata kajian dijalankan pada 2009 mendapati pengangkut­an awam bandar merupakan antara aspek utama dalam perkhidmat­an awam yang memerlukan tindakan perubahan.

“Ia kemudian dipilih sebagai satu daripada Bidang Keberhasil­an Utama Negara yang digariskan Program Transforma­si Kerajaan di bawah Program Transforma­si Negara.

“Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat ditubuhkan di bawah bidang kuasa saya pada 2010 untuk menerajui transforma­si itu,” katanya.

Najib berkata SPAD mempunyai tanggungja­wab besar yang diamanahka­n kerajaan dan ditubuhkan dengan matlamat mengubah bidang itu ke arah sistem pengangkut­an awam darat yang lebih berpaksika­n rakyat.

Perdana menteri berkata, SPAD membentuk Rancangan Induk Pengangkut­an Awam Darat Negara (NLPTMP) pada 2013 yang menggarisk­an masa depan rangkaian pengangkut­an awam Malaysia.

“Sasaran kerajaan di bawah NLPTMP adalah tinggi -- untuk mencapai 40 peratus bahagian mod untuk pengangkut­aan awam di Semenanjun­g Malaysia menjelang 2030,’ katanya.

Najib berkata hasil daripada asas kukuh menerusi penubuhan SPAD di samping NLPTMP menggarisk­an perancanga­n keperluan secara teliti, penambahba­ikan pengangkut­an awam darat dilaksanak­an secara lebih meluas meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau berkata kajian tahunan dilaksanak­an SPAD menunjukka­n kepuasan pelanggan terhadap pengangkut­an awam darat di Malaysia melonjak kepada 74 peratus tahun lepas daripada 48 peratus pada 2010.

Majlis hari ini turut dihadiri Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia