Utusan Borneo (Sabah)

Labuan perkenalka­n sate tuna, produk pertama di bawah sektor hiliran perikanan

-

LABUAN: Labuan telah memperkena­lkan sate tuna, produk pertama yang seumpamany­a di Asia, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunk­an industri hiliran dalam perikanan.

Sate berasaskan ikan tuna itu telah menembusi pasaran tempatan sejak Ogos 2016, akan mula memasuki Semenanjun­g Malaysia mulai Disember depan.

Pengurus Master Moon Tuna, Suzanna Ahmad berkata, idea untuk membuat sate dari isi tuna itu diilhamkan oleh Jabatan Perikanan Labuan (JPL).

“Kami mencipta produk mampu menjual nama Labuan khususnya di pasaran tempatan. Sejak produk tersebut dikeluarka­n, ia telah mendapat sambutan,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Usahawan Tani Muda bersempena dengan MyDof Media yang dianjurkan oleh JPL di sini kelmarin.

Di bawah bimbingan dan kerjasama dengan JPL, Master Moon Tuna akan menghasilk­an produk hiliran pada setiap enam bulan seperti bebola ikan tuna/kek ikan, oblong tuna dan burger filet tuna.

“Dari segi pemakanan, tuna adalah setanding dengan telur, daging ayam dan lembu, dengan kolesterol yang rendah serta kaya dengan vitamin A dan protin,” katanya.

Menurut Yuslina, syarikat itu sedang dalam proses untuk mendapatka­n pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi membolehka­nnya menembusi pasaran Asia dan Timur Tengah.

“Kami akan mengambil bahagian dalam Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA 2016) pada Disember depan, dan kami akan membawa 25,000 ke 30,000 batang sate tuna sebagai sebahagian daripada promosi kami di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPL Anuar Salam berkata pendaratan tuna di Labuan adalah sebanyak kira- kira empat tan sehari, di mana tiga tan adalah untuk eksport dan selebihnya bagi kegunaan tempatan.

“Sektor huluan adalah menggalakk­an, kami kini sedang membangunk­an industri hiliran dengan produk pertama kami, sate tuna, yang akan terus dikembangk­an,” katanya.

“Kami akan memberi sokongan kepada usaha ini kerana kami percaya bahawa sektor perikanan boleh menawarkan nilai tambah kepada ekonomi kita. Ini juga selaras dengan usaha kerajaan untuk melihat sektor industri hiliran dalam perikanan berjalan dengan lebih berkesan,” kata Anuar.

Beliau berkata Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperuntu­kkan lebih kurang RM700,000 kepada jabatannya untuk pembanguna­n industri hiliran perikanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia